SAYA tertarik untuk sama memberi pandangan tentang pengumuman menteri pengangkutan semalam berkaitan peraturan baru cermin gelap.

Bagi persatuan pengguna jalan raya malaysia kami memang mengalu-alukan kaedah baru penggunaan cermin gelap di kenderaan persendirian terutama kereta,pengumuman oleh Menteri semalam menarik minat ramai pihak terutama kepada pengunaan 100 peratus gelap yang tidak melibatkan keselamatan dan kesihatan.

Permohonan boleh di buat dengan kos RM50 ringgit dan jika mendapat kelulusan akan dikenakan bayaran sebanyak RM5,000 untuk kegunaan selama dua tahun. Apakah kepentingan yang menyebabkan seseorang boleh mendapat kelulusan selain daripada keselamatan dan kesihatan tidak dijelaskan secara terperinci.

Apapun bagi banyak negara kebenaran memakai cermin gelap sepenuhnya bukan lah perkara pelik, contoh di negara Indonesia, Jepun, Korea dan banyak lagi negara yang bercuaca panas ataupun tidak tetapi saya yakin ia tidak lah di kenakan bayaran semahal yang diumumkan oleh pihak Kementerian semalam

Ketua Polis Trafik Malaysia nampaknya tidak bersetuju dengan apa yang diumumkan oleh pihak Menteri Pengangkutan kerana itu akan menyusahkan bagi pihak polis yang berhadapan dengan pemandu setiap hari, bagi PDRM keputusan itu tanpa rundingan dengan pihak mereka adalah bersikap tidak adil dan tidak mengambarkan ada kerjasama antara penguatkuasaan di negara kita ini

Bagi persatuan penguna pula kami melihat keputusan kerajaan bersifat tergesa-gesa dan seolah-olah kerajaan cuba mencari kesempatan di atas penguna dengan mengenakan dua bayaran yang agak keterlaluan, satu permohonan dengan bayaran RM50 ringgit dan selepas kelulusan dikenakan bayaran RM5,000.

JPJ dan agensi kerajaan diminta jangan terlalu membebankan rakyat seolah-olah menjadi agensi yang menjadikan sumber kewangan sebagai salah satu kepentingan dan kewajipan, cukai jalan telah dikenakan, cukai kenderaan, saman dan sekarang ialah memgelapkan cermin pula dikenakan bayaran yang tinggi.

Kerajaan boleh saja mencari kaedah lain untuk menambahkan pendapatan tetapi bukan dengan membebankan penguna.

Bagi persatuan juga meminta kajian perlu diperluaskan lagi selepas tiga bulan di laksanakan, terutama dalam faktor kemalangan jalan raya yang semangkin meningkat. Apabila bercermin gelap pengguna akan menjadi lebih berani mengunakan telefon bimbit ketika memandu kerana sudah tidak bimbang dengan anggota polis perkara yang di buat di dalam kenderaan tidak boleh di ketahui. Hal ini agak membimbangkan tambahan pula Malaysia berada di tempat kelima tertinggi dalam masalah kemalangan di jalan raya juga kematian yang tinggi setiap tahun.

Bagi pihak persatuan saya merasakan perkara yang diumumkan perlu dibahaskan oleh rakyat secara terbuka dan bukan hanya kajian dalaman yang di buat oleh JPJ sahaja.

HAMDAN TAHA
Presiden Persatuan Pengguna Jalan Raya Malaysia

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBORD*

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.