KUALA LUMPUR – Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-8, dalam tempoh terdekat mungkin tidak akan berlaku.

Hal ini kerana Tun Daim Zainuddin mengatakan negara tidak wajar dialihkan perhatian tentang bilakah Anwar akan jadi PM, kerana hal ekonomi lebih penting ketika ini, lapor portal tempatan.

Beliau berkata perjanjian untuk Anwar untuk menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri telah pun dipersetujui oleh Pakatan Harapan.

Pada mulanya mungkin ini akan berlaku dalam tempoh dua tahun selepas Pilihan Raya Umum ke-14, tetapi sejak itu tiada had masa yang telah dipersetujui secara rasmi.

Walau bagaimanapun, Mahathir dan Anwar telah bersetuju bahawa peralihan kuasa akan berlaku apabila mereka sudah sedia.

Anwar pernah menjadi timbalan Mahathir yang ketika itu PM keempat, tetapi dipecat pada tahun 1998. – 8 Mei 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.