Qatar sumbang RM2 bilion bantu Palestin

0

DOHA – Qatar menyumbang dana berjumlah AS$480 juta (RM 2 bilion) kepada penduduk Palestin di Tebing Barat dan Gaza selepas perjanjian gencatan senjata menamatkan konflik antara pejuang Palestin dan Israel baru-baru ini.

Kementerian Luar Qatar berkata AS$300 juta (RM1.2 bilion) akan digunakan untuk menyokong program pendidikan dan kesihatan Pihak Berkuasa Palestin manakala RM180 juta (RM746 juta) digunakan bagi misi kemanusiaan, program Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan menyediakan bekalan elektrik.

Pertempuran selama dua hari antara Israel dan pejuang Hamas di Gaza menyebabkan 25 penduduk Palestin maut manakala empat pendatang haram Yahudi juga terbunuh.

Jurucakap Hamas Hazem Qassem berkata wakil dari Mesir bersama pegawai kerajaan Qatar dan PBB membantu mencapai perjanjian gencatan senjata itu.

Perjanjian itu termasuk melibatkan sejumlah bantuan ekonimi dan program pembangunan di Gaza.

Antaranya penyediaan bekalan elektrik dan menyediakan pekerjaan sementara di Gaza yang kadar penganggurannya meningkat lebih 50%.

Qatar merupakan penyumbang utama kepada Palestin yang berpecah kepada dua kerajaan bertelagah sejak 2007.

Hamas menguasai Gaza manakala pergerakan Fatah memerintah Tebing Barat. – AGENSI, 7 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.