Exco Pemuda UMNO Malaysia itu berkata, tindakan ‘bijak’ Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad yang tidak merombak Kabinet seolah-seolah menghalalkan penipuan menteri yang kononnya mempunyai latar belakang akademik yang hebat.

KUALA LUMPUR – Tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengekalkan barisan menteri Kabinet yang secara jelas memperdaya rakyat berkenaan sijil akademik palsu wajar dipersoalkan, kata Datuk Armand Azha.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu berkata, tindakan ‘bijak’ Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad yang tidak merombak Kabinet seolah-seolah menghalalkan penipuan menteri yang kononnya mempunyai latar belakang akademik yang hebat.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Armand Azha.

“Tahniah kepada perdana menteri kerana kekalkan menteri-menteri yang sememangnya tidak layak untuk memegang jawatan sebagai menteri,” katanya.

Isu tipu kelayakan dalam kalangan menteri berbangkit apabila bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mendedahkan penipuan maklumat bidodata beberapa menteri yang disiarkan oleh agensi media tempatan.

Antaranya pemimpin pembangkang yang dikaitkan dengan isu itu adalah Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu,  Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin dan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Subang berkata, kerajaan DAP-PH merupakan contoh kerajaan yang tidak berpendidikan kerana membiarkan individu yang tidak beretika memegang jawatan penting dalam hal ehwal pentadbiran negara.

“Sekali lagi tahniah kerana memberikan satu contoh kepada rakyat bahawa kerajaan hari ini adalah kerajaan yang uneducated (tidak berpendidikan).

“Tindakan ini secara jelas menunjukkan untuk menjadi menteri tidak perlukan sijil yang sah.

“Mempunyai sijil palsu yang boleh dicetak dari Internet juga boleh jadi menteri,” katanya ketika dihubungi NTHQiBord baru-baru ini.

Semalam perdana menteri, mengesahkan tiada rombakan Kabinet dan dilaporkan berkata barisan jemaah menterinya menunjukkan prestasi baik dan tidak ada keperluan untuk penstrukturan semula. – NTHQiBord, 7 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.