Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.

KUALA LUMPUR – Kerajaan merangka 7 teras strategik yang menjadi penanda aras kepada pentadbiran Pakatan Harapan untuk mencapai Kemakmuran Bersama, kata perdana menteri.

Tun Mahathir Mohamad memaklumkan, Kemakmuran Bersama adalah hasrat kerajaan untuk memastikan negara terus membangun secara mampan seiring dengan pengagihan ekonomi dan kestabilan rakyat menjelang 2030.

Beliau berkata kerajaan menyedari bahawa pengukuhan kesejahteraan sosial merupakan salah satu elemen penting terhadap pembangunan sesebuah negara.

Tambahnya, ianya peranan besar kerajaan dalam memastikan semua golongan masyarakat di negara ini memperoleh kualiti kehidupan yang baik.

“Negara mempunyai tanggungjawab kepada golongan yang kurang berkemampuan, terpinggir dan berpendapatan rendah.

“Polisi dan program ke arah kesejahteraan sosial yang lebih menyeluruh harus diperkukuhkan berdasarkan prinsip memenuhi ekonomi keperluan (need base).

“Kita tidak mahu semasa mengejar kemakmuran negara ada kalangan rakyat yang tertinggal,” katanya ketika menyampaikan Perutusan Perdana Setahun Malaysia Baharu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

Berikut merupakan tujuh teras strategik yang dirangka :

  1. Pengstrukturan dan penambahbaikkan ekosistem perniagaan dan industri negara.
  2. Sektor pertumbuhan baharu.
  3. Reformasi bakat dan sumber tenaga negara.
  4. Memperbaiki pasaran buruh dan pendapatan pekerja.
  5. Memperkukuhkan kesejahteraan sosial.
  6. Pembangunan wilayah yang inklusif.
  7. Peningkatan modal sosial masyarakat. – NTHQiBord, 9 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.