RAKYAT semakin keliru apa yang sedang berlaku di antara Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan juga Majlis Raja-Raja, ramai yang tertanya kenapa secara tiba-tiba sahaja isu berkenaan raja-raja ini menjadi hangat di antara pimpinan PH dan Raja-Raja Melayu.

Kadir Jasin, penulis yang mempunyai ramai pengikut sering kali menjadi lidah kepada Kerajaan PH, beliau dipergunakan untuk membangkitkan isu-isu sensitif yang melaga-lagakan Eksekutif dengan Monarch.

Serangan awal yang dilancarkan terhadap Raja-Raja melalui Kadir Jasin adalah pendedahan Belanjawan DYMM Agong, Kadir mengambil peluang untuk membuat pendedahan ini semata-mata mahu meletakkan tekanan kepada DYMM Agong, apakah niat yang tersirat terhadap pendedahan ini telah terjawab bila mana dengan secara tiba-tiba DYMM Agong telah turun dari takhta, secara kebetulan ataupun tidak, pengakhirannya adalah TURUN TAKHTA.

Selepas itu, timbul pula Raja-Raja mempunyai kuasa Mutlak atau pun tidak, isu ini diperdebatkan secara terbuka sehingga membawa kepada penghinaan DYMM Agong di Internet secara berleluasa. Menteri Penerangan GobindSingh secara tiba-tiba tidak dapat menangkap pelaku dan isu itu senyap dan tidak dibincangkan.

Serangan demi serangan, malah sekarang kerajaan PH mencipta satu lagi serangan terhadap Institusi Diraja apabila mempergunakan forum yang dihadiri oleh Peguam Negara untuk terus memalukan sultan sehingga menuduh Raja-Raja Melayu adalah perompak dan pembunuh.

Pertembungan diantara Majlis Raja-raja dengan Eksekutif Kerajaan tidak membawa untung kepada mana-mana pihak. Rakyat semakin keliru dan tertanya-tanya apakah yang sebenarnya dikehendaki oleh Kerajaan PH, dan apakah sebenarnya yang disimpan tersirat yang direncanakan.

Kerisauan Raja-Raja

Raja-Raja tidak pernah lupa peristiwa 1993 apabila raja-raja dikurangkan kuasa mereka dan kewujudan Mahkamah Khas bagi mengadili kes-kes yang melibatkan raja-raja, Tun Mahathir Mohamad yang ketika itu menjadi Perdana Menteri telah membawa perubahan secara drastik terhadap Institusi Diraja.

Raja-raja hari ini lebih berhati-hati dengan permainan politik Kerajaan PH, baginda tidak mahu terperangkap dengan permainan pemimpin PH.

Apabila kerajaan menandatangani Statut Rom, Majlis Raja-Raja perlu mendapatkan pendangan lain, apakah kesan dan implikasi terhadap negara dan rakyat. Jelas lah apabila keputusan kerajaan menarik balik keputusan ini, ianya jelas akan melibatkan bidang kuasa Raja-Raja.

Isu perlantikan Ketua Hakim mengambil masa yang lama, ianya adalah disebabkan DYMM Agong tidak mahu mengambil keputusan secara tergesa-gesa tanpa mendapat perkenan Majlis Raja-Raja, ini juga telah ditempelak oleh Kerajaan PH kerana kelewatan.

Apabila Syed Husain membangkitkan isu 30 Raja di dalam dunia dan 1/3 nya di dalam Malaysia, apabila beiau mengelar raja-raja perompak disaksikan oleh Peguam Negara, apakah lagi yang boleh orang Melayu bergantung harap dengan Kerajaan PH hari ini.

Pandangan Peribadi saya, konflik ini sengaja di cipta untuk memastikan pengakhiranya bagi Raja-Raja Melayu.

Sejauh mana Rakyat Jelata mahu mempertahankan institusi ini dan sehebat mana hasutan buruk Kerajaan PH kepada Institusi Raja-Raja akan berhasil?

Pertembungan ini boleh berakhir dengan baik, boleh juga berakhir dengan rusuhan.

RAZLAN RAFII,
Pengerusi GerakPadu (Gabungan Gerakan Perpaduan Kebangsaan).

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBORD*

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.