Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak mampu untuk menghapuskan tol seperti mana yang dijanjikan dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), kata perdana menteri.

Beliau berkata setelah setahun mentadbir kerajaan, akhirnya mereka menyedari bahawa terlalu banyak beban kewangan yang perlu ditanggung sekiranya kutipan tol dihapuskan.

Memetik laporan MalaysiaGazette,  Tun Mahathir Mohamad turut mengakui keadaan ini akan merencatkan penyertaan swasta di dalam sebarang projek pembinaan lebuh raya selepas ini.

“Sebelum ini apabila kami membuat pengumuman untuk menghapuskan tol, kami tidak tahu akibatnya tetapi sekarang kami sudah sedar iaitu apabila mahu menghapuskan tol kerajaan perlu membeli kesemua lebuhraya dan ia memerlukan wang yang banyak.

“(Penghapusan tol) PLUS sahaja menyebabkan kerajaan perlu membayar sebanyak RM30 bilion, jadi persoalannya adakah kita mahu menggunakan wang berkenaan untuk perkara itu sahaja atau kita mahu menggunakan RM30 bilion untuk tujuan lain lebih penting.

“Selain itu, selepas tol dihapuskan, kita tidak lagi mempunyai pendapatan daripada penggunaan lebuhraya sedangkan jalan-jalan tersebut perlu diselenggara.

“Kos penyelenggaraan pula menelan belanja berbilion ringgit,” katanya ketika diwawancara baru-baru ini sempena ulang tahun kerajaan Pakatan Harapan.

Sebelum ini, PH dalam manifestonya pada PRU-14 menjanjikan  penghapusan tol, namun mendapat tentangan hebat daripada Barisan Nasional dan pakar-pakar ekonomi kerana cadangan tersebut dikatakan tidak munasabah. – 9 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.