KUALA LUMPUR – Ekoran sasaran Wawasan 2020 yang digariskan ketika Tun Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri keempat pada 1981 sehingga 2003, sudah tersasar daripada objektif asal, maka beliau menetapkan sasaran baru iaitu 2025.

Mahathir menyalahkan pengganti beliau selepas itu yang dilihat sengaja menyebabkan sasaran Wawasan 2020 gagal.

Sasaran baharu itu, katanya, adalah kerana Wawasan 2020 yang digariskan ketika menjadi Perdana Menteri keempat pada 1981 sehingga 2003, sudah tersasar daripada objektif asal.

Tanpa menyebut sebarang nama, Dr Mahathir berkata, selepas beliau meletak jawatan Perdana Menteri pada 31 Oktober 2003, penggantinya memastikan objektif Wawasan 2020 tidak tercapai, lapor BH.

Wawasan 2020 adalah dasar pandangan jauh dikemukakan Dr Mahathir ketika membentangkan kertas kerja khas bertajuk ‘Malaysia: Langkah Ke Hadapan’ pada persidangan pertama Majlis Perdagangan Malaysia pada 1 Mei 1991.

Ia mempunyai rencana jangka panjang arah masa depan negara dan cara mencapai matlamat membangunkan Malaysia menjadi negara maju sepenuhnya menjelang 2020.

Menurut wawasan itu, Malaysia mampu menjadi negara bersatu dengan masyarakat yang yakin, ada nilai moral dan etika kukuh, hidup dalam masyarakat demokratik, liberal dan bertolak ansur, penyayang, adil dari segi pengagihan ekonomi, progresif dan makmur serta mempunyai penguasaan sepenuhnya dalam ekonomi yang bersaing, dinamik, giat dan kental.

Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri keempat pada 16 Julai 1981, menyandang jawatan itu selama 22 tahun, paling lama dalam sejarah Malaysia dan Asia Tenggara. Dikenali sebagai ‘Bapa Pemodenan’ atas kejayaan menukarkan Malaysia dari negara pertanian kepada negara perindustrian moden. – 9 Mei 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.