Bazar Ramadhan baharu yang terletak di Jalan Raja, Dataran Merdeka ternyata tidak mendapatan sambutan mengalakan daripada warga kota.

KUALA LUMPUR – Bazar Ramadhan baharu yang terletak di Jalan Raja, Dataran Merdeka ternyata tidak mendapatan sambutan mengalakkan daripada warga kota.

Tinjauan NTHQiBord ke sana mendapati bilangan pengunjung yang datang boleh dibilang dengan jari.

Malah ramai daripada peniaga mengutarakan rasa kurang senang mereka dengan keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang menukar lokasi bazar Ramadhan dari Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) ke Jalan Raja.

Peniaga Jalan Raja, Muhamad Helmi Rosle.

Peniaga kuih raya Muhamad Helmi Rosle, yang sebelum ini pernah berniaga selama 5 tahun di Jalan TAR, berkata suasana di sini ini sangat berbeza jika dibandingkan dengan bazar di tempat perniagaan lamanya.

“Bagi saya jika hendak dibandingkan dengan Jalan TAR dengan sini, semestinya di Jalan TAR lagi meriah.

“Perbezaannya boleh dikatakan hingga 2 kali ganda,” katanya yang berasal dari Batu Caves, Gombak.

Tambah Helmi, beliau juga sering mendengar rungutan daripada pengunjung yang datang ke kedainya mengatakan bahawa agak sukar untuk mendapatkan juadah berbuka.

“Ini adalah luahan kebanyakan pelanggan saya, ramai yang mengadu kata rumit untuk mendapatkan makanan.

“Sampaikan kita rasa lali dengan pertanyaan mereka, walaupun baru hari ke-3 tapi banyak yang tanya.

“Bagaimanpun, pada pendapat saya Jalan TAR memang tiada tandingan, kalau tanya mana-mana peniaga memang mereka akan cakap Jalan TAR,” ujarnya.

Sementara itu, wartawan NTHQiBord juga meninjau keadaaan Jalan Masjid India yang berdekatan dengan Jalan TAR, untuk mendengar rintihan peniaga.

Antaranya seorang peniaga aksesori tudung, Masyita Dewi Ibrahim.

Peniaga Jalan Majid India, Masyita Dewi Ibrahim.

Menurutnya, kali ini suasana di Masjid India berbeza dengan tahun sebelumnya.

“Tahun ini kurang meriah kerana tidak ada bazar Ramadhan di Jalan TAR. Sebelum ini mereka ada jadi penuh pengunjung

“Tapi mereka (peniaga) sudah berpindah ke Dataran Merdeka, memang sangat terasa sunyi,” katanya.

Beliau yang sudah berniaga di Jalan Masjid India selama 10 tahun itu turut berkongsi rungutan pengunjung yang menyatakan penempatan bazar di lokasi baharu tidak strategik.

“Pengunjung cakap susah sikit hendak ke sana sebab jauh dari Mydin, SOGO , Jakel dan kalau di sini juga dekat dengan LRT .

“Lagi satu di sana mereka cakap susah hendak cari tempar letak kenderaan,” katanya yang menjalankan perniagaan bersama keluarga.

Masyita turut melahirkan rasa kesal dengan keputusan Kementerian Wilayah Persekutuan yang dilihat membuat keputusan yang tidak realistik kerana diibaratkan seperti tidak prihatin dengan keadaan peniaga di sini.

Tambahnya, pihak berwajib perlu mengambil kira keadaan peniaga yang hanya bergantung pendapatan melalui urusan jual beli dengan pengunjung yang datang.

“Saya tidak sokong sangat..sangat tidak sokong sebab sebelum ini pun tidak pernah pindahkan, tiap tahun macam ini.

“Tidak tahu apakah nasib sampai raya ini macam mana, memang tidak dapat dibayangkan.

“Saya harap pihak atasan yang terlibat ambil perhatian dengan nasib peniaga di sini .. sebab kami ini pun cari makan juga mengharapkan pengunjung,” ujarnya. – NTHQiBord, 9 Mei 2019.

 

1 COMMENT

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.