Wednesday, August 21, 2019
Home Luar Negara Tiket Sukan Olimpik Tokyo 2020 mula dijual

Tiket Sukan Olimpik Tokyo 2020 mula dijual

0
Sukan Olimpik 2020, Tokyo.

TOKYO – Jumlah pertama tiket Sukan Olimpik 2020 di Tokyo mula dibuka untuk jualan hari ini sehingga 28 Mei tetapi khusus untuk penduduk tempatan sahaja.

Memetik laporan AFP, tiket yang boleh dibeli menerusi atas talian adalah melibatkan 33 jenis sukan dengan yang paling murah berharga 2,500 yen (RM95.45) manakala yang paling mahal adalah 300,000 yen (RM11,330) khusus untuk tempat duduk terbaik ketika acara pembukaan.

Bagi acara riben biru olahraga iaitu 100 meter akhir lelaki akhir, mereka yang bertuah dapat membeli tiket untuk tempat duduk terbaik perlu membayar pada harga 130,000 yen (RM4,980).

Secara keseluruhannya, separuh daripada jumlah tiket temasya kali ini yang tidak didedahkan bilangannya akan dijual pada harga 8,000 yen (RM303) dan ke bawah manakala tiket kuota istimewa penduduk tempatan khusus untuk satu keluarga termasuk kanak-kanak, warga tua dan pasangan suami isteri dijual pada harga 2,020 yen (RM74.70 seorang)

“Semua harga untuk warga tempatan ini adalah sama seperti dijual pada London 2012 dan sedikit lebih mahal berbanding Rio de Janiero 2016,” kata pegawai kanan pemasaran Olimpik 2020, Yuko Hayakawa.

Mereka yang berjaya menempah tiket awal tersebut akan mengetahui tempahan mereka berjaya atau tidak pada 20 Jun dengan bayaran perlu dilunaskan dalam tempoh dua minggu selepas itu.

Sementara itu bagi pembeli dari luar Jepun, tiket untuk mereka akan mula dijual menerusi atas talian pada 15 Jun menggunakan pengedar tiket yang dilantik di negara masing-masing. – 9 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.