Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

SEMALAM merupakan ulang tahun pertama kerajaan Pakatan Harapan (PH) dipimpin oleh Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad.

Diam tak diam, setahun dah berlalu. Maknanya impian Anwar Ibrahim untuk menggantikan Tun M sebagai perdana menteri semakin hampir.

Jika ikutkan, Tun M akan melepaskan jawatan itu dalam tempoh dua tahun lalu seperti yang dijanjikan sebelum ini.

Alangkah tersenyum gembiranya Anwar  apabila beliau dikatakan bakal jadi pengganti Tun M. Adakah penantian Anwar ini bakal berakhir pada 2020? Jika perkara ini adalah benar bermakna beliau  akan memegang jawatan PM ketika PH menyambut ulang tahun pentadbiran yang tahun ke-2.

Namun begitu, beberapa hari lepas Tun M ketika wawancara bersama Straits Times Singapura menyatakan beliau juga tidak pasti  sama ada tempoh peralihan itu sama ada 2 atau 3 tahun.

“Saya tidak tahu sama ada ia 3 tahun atau 2 tahun, tetapi saya seorang perdana menteri sementara,” katanya.

Ternyata ini bukan pertama kali Anwar dijanjikan untuk menjadi PM, sebelum ini harapan beliau  juga  musnah ditangan orang yang sama. Barangkali beliau masih belum mempelajari apa yang telah terjadi pada masa silamnya.

Menurut Setiausaha Agong UMNO Tan Sri Annuar Musa, ucapan Tun Mahathir sempena sambutan ulang tahun pertama PH semalam mengandungi petunjuk penting yang disampaikan beliau kepada penyokong PH.

“Perutusan 45 minit lebih kepada memberi ‘mesej halus’ kepada parti dalam PH,supaya kekal muafakat dan sokong Tun Mahathir. Checkmate buat Anwar dan amaran pada PKR dan sekutunya..” katanya menerusi cicipan di Twitter beliau.

Sekiranya benarlah pesanan yang digambarkan itu, pastinya tergigit lidah lagi Anwar mengimpikan untuk jadi PM. Mana tidaknya, siapa tidak kenal Tun Mahathir. Beliau sangat licik dalam menyusun strategi menjatuhkan musuh-musuh politik beliau.

Akhir tahun lalu, sebuah akhbar tempatan di ibu kota Amerika Syarikat, The Washington Times mendedahkan bahawa wujudnya perancangan sulit daripada Tun Mahathir supaya tidak mengangkat Anwar sebagai penggantinya.

Menerusi sisipan di kolum Analysis & Opinion, penulis L. Todd Wood berkata menerusi tajuk ‘Sex, lies, videotapes and sharia in Malaysia‘ menyatakan bahawa Anwar akan menempuhi karier politik beliau yang gelap.

Wood turut mendedahkan bahawa ada cerita sulit disebalik pembebasan Anwar yang dilepaskan menerusi pengampunan diraja yang dianggap sebagai proses tawar-menawar apabila Tun mahu mempergunakan pengaruh Anwar yang diakui beliau bahawa seteru politiknya itu ada pengikut tersendiri terutama dalam kalangan orang Melayu.

Pada sisipan kolum yang sama penulis mendakwa telah menerima maklumat daripada sumber yang dipercayai bahawa Tun Mahathir tidak pernah berjanji kepada Ahli Parlimen Port Dickson itu untuk sebarang peralihan kuasa.

Malah Wood mengatakan bahawa dia menerima satu rakaman audio yang mengandungi perbualan selama dua jam yang membongkar bahawa  tidak ada perjanjian hitam putih antara kedua pemimpin berkenaan mengenai penyerahan jawatan perdana menteri.

Desas desus Tun Mahathir cuba menaikkan Datuk Seri Azmin Ali juga merupakan igauan ngeri buat Anwar. Menguatkan keadaan ini apabila 15 Ahli Parlimen Barisan Nasional ditarik Tun Mahathir menyertai Bersatu untuk menguatkan parti itu.

Namun begitu, berbeza pulak pandangan daripada Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Adnan Seman berpendapat sekiranya benar hasrat Tun M mahu menjadikan Anwar sebagai PM, bekas menteri kewangan itu perlu melalui proses pilihan raya.

“Saya percaya Tun M akan bagi kepada Anwar tapi dia tidak akan bagi dalam bentuk dia turun dan bagi kepada Anwar. Dalam erti kata rakyat yang memilih (jawatan pm) maknanya dia akan bubar Parlimen dan akan membuat PRU-15

“Dia akan beritahu kepada Anwar bahawa adalah adil kepada Anwar untuk menang PRU dan jadi PM ke 8 melalui proses yang betul apabila dipilih sendiri rakyat,” katanya.

Yang nyata sama ada tercapai impian Anwar atau tidak hanya diketahui oleh Tun M. Jangka masa 2 ke 3 tahun ini masih panjang dan macam-macam perkara boleh jadi. Mungkin juga banyak lagi ‘game’ Tun M yang perlu Anwar hadap. Namun harapnya Anwar jangan terlalu tergopoh! – NTHQiBord, 10 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.