MENTERI Kewayangan..maaf. Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada 2 Mei lalu didakwa ‘mengugut’ pengundi Sandakan agar memilih calon DAP pada PRK Sandakan esok atau projek tempat letak kereta tidak akan diberikan di kawasan itu.

Mentang-mentang Guan Eng kini menjadi menteri paling berkuasa dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH), maka dengan sombongnya dia menggunakan kuasa untuk memancing undi penduduk Sandakan.

Dalam ucapannya itu, Guan Eng berkata, masalah parkir di kawasan itu akan selesai jika pengundi Sandakan memilih Vivian Wong dari DAP sebagai wakil rakyat mereka.

Dulu, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak pernah melafazkan kata-kata yang hampir sama, iaitu ‘saya tolong anda, anda tolong saya’ dan menerima kecaman pihak pembangkang pada ketika itu.

Tapi hari ini di bawah kerajaan DAP-PH yang suci murni, tiada seorang pun menteri atau pemimpin mempertikaikan kenyataan Guan Eng itu.

Kalau ada pun hanyalah suara kecil pertubuhan Bersih 2.0 yang dah tak beberapa dengar suaranya sejak DAP-PH memerintah negara.

“Bersih 2.0 menggesa Guan Eng menjelaskan maksudnya apabila beliau berkata jika Vivian tidak dipilih, tiada apa dapat dibantu,” kata Bersih 2.0.

Malangnya gesaan Bersih 2.0 itu ibarat langau yang hinggap di telinga Guan Eng. Tidak dipedulikan.

Kalau sebelum menang PRU14, Bersih jadi alat DAP untuk memberi tekanan kepada kerajaan terdahulu. Malah Guan Eng sendiri pernah menyertai himpunan Bersih beberapa kali kononnya mahukan pilihan raya yang adil, bebas dan telus.

Kini bila sudah berkuasa, Bersih ditinggalkan. Malah apa perbuatan salah laky yang dilemparkan kepada pemimpin terdahulu, kini sudah dilakukan sendiri oleh menteri DAP. – NTHQiBord, 10 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.