KHALID Abdul Samad menjadi menteri terakhir membuat pusingan U sebelum sambutan ulang tahun pertama Pakatan Harapan (PH) memerintah negara.

Ini susulan pengumuman Menteri Wilayah Persekutuan itu membuka semula Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), Kuala Lumpur bermula esok kepada semua pengguna jalan raya.

Bagaimanapun pembukaan sementara laluan itu hingga Julai ini dibuat bagi memberi kemudahan kepada orang awam beli-belah barangan keperluan Aidilfitri.

Sebelum ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menutup Jalan TAR pada setiap Sabtu, Ahad dan cuti umum sepanjang April bagi menjadikannya sebagai kawasan pejalan kaki bermula 8 pagi hingga 12 tengah malam.

Mengulas mengenai situasi lengang di Bazar Ramadan Jalan Raja, Kuala Lumpur, Khalid dengan penuh yakin berkata, jualan di bazar itu akan meriah pada pertengahan Ramadan dan menjelang Syawal.

Sebelum ini dilaporkan bahawa tapak baru bazar Ramadan itu mendapat pelbagai reaksi daripada peniaga dan pengguna kerana kemeriahannya tidak dirasai seperti suasana di Jalan TAR.

Bazar yang menyediakan lebih 300 tapak perniagaan itu menyebabkan Jalan Raja terpaksa ditutup satu lorong kepada lalu lintas bagi membolehkan perniagaan dijalankan. – NTHQiBord, 10 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.