MOHAMAD Hasan ternyata mempunyai ‘biso’ tersendiri ketika menyampaikan ceramah pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan baru-baru ini.

Dengan serangkap pantun, pemangku Presiden Umno itu sudah cukup untuk memberi mesej jelas kepada pengundi di Sabah agar bangkit untuk menolak calon DAP dari Pakatan Harapan.

“Kalau nak miang tanam buluh. Kalau nak kaya tanam ganja. Kalau nak hidup aman tenteram, Tanam Pakatan Harapan,” katanya.

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Tok Mat menyifatkan kerajaan DAP-PH sebagai kerajaan yang memungkiri janji.

“Dalam Islam janji itu penting. Antara ciri orang yang munafik adalah bila bercakap, mereka cakap bohong. Bila berjanji, tak tunai janji, beri amanah tak amanah,” katanya.

Selain itu Tok Mat berkata kerajaan DAP-PH juga tidak mempunyai dasar ekonomi yang jelas untuk meyakinkan pelabur datang ke negara ini.

“Begitu juga dasar pendidikan. Ada menteri pelajaran, ingatkan nak ubah dasar pelajaran, tapi ubah warna kasut dari putih ke hitam.

“Menteri pertanian pula marah nelayan sebab tak tangkap ikan pada musim tengkujuh.

“Ada pula disuruh tanam padi waktu malam. Ini kerajaan dah sewel (gila). Betul-betul dah sewel,” katanya.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.