KUALA LUMPUR – Sebuah akaun Facebook dipercayai milik penyokong Pakatan Harapan (PH) cuba menyemai sentimen kebencian terhadap raja-raja apabila mempertikaikan status Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebagai Sultan Johor.

Berdasarkan perkongsian yang ditulis pada 10 April lalu, pemilik Facebook Bersatu Rakyat Malaysia yang menggunakan logo PH, mendakwa Sultan Ibrahim berasal dari keturunan pembelot berdarah Bugis dan tali barut British.

Bersatu Rakyat Malaysia mendakwa Sultan Ibrahim sehingga datuk moyangnya Sultan Abu Bakar Ibrahim berasal dari keturunan Daeng Abdul Rahman yang berdarah Bugis dan berasal dari Kepulauan Sulawesi.

“Difahamkan keluarga sebenar keturunan Sultan Johor masih wujud tetapi atas sebab-sebab tertentu, kerajaan Barisan Nasional tidak membenarkan pihak media menceritakan perkara yang sebenar.

“Terserahlah sama ada sultan yang sekarang ini yang bukan dari darah Raja mahu mengundurkan diri atau sebaliknya. Rakyat Johor boleh membuat keputusan memulihkan sultan sebenar,” dakwa Bersatu Rakyat Malaysia.

Coretan itu mendapat 3,500 reaksi, 6,400 komen dan dikongsi sebanyak 3,300 kali.

Rata-rata pengguna Facebook memberi komen negatif terhadap Sultan Johor selepas pendedahan tersebut.

Pemilik Bersatu Rakyat Malaysia turut mencabar Sultan Johor untuk mengambil tindakan terhadapnya jika perkara yang didedahkan itu tidak benar.

“Burung gagak, walaupun dimandikan dengan air mawar sekali pun tidak akan menjadi putih bulunya.

“Seekor anjing, meski dirantai dengan emas pun, nescaya berulang-ulang juga ke tempat najis.

“Semoga Ibrahim dan anaknya Ismail mengambil tindakan mahkamah di atas tulisan ini jika tidak benar,” tulis pemilik Bersatu Rakyat Malaysia. – NTHQiBORD, 10 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.