Monday, August 19, 2019
Home Berita 5 individu direman membabitkan kes rasuah RM200,000

5 individu direman membabitkan kes rasuah RM200,000

0

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berusia 47 tahun yang merupakan bekas pegawai di Kementerian Wilayah Persekutuan antara lima suspek yang direman semalam membabitkan siasatan kes menerima dan memberi wang rasuah bernilai RM200,000.

Memetik laporan Utusan Online, seorang lagi lelaki dan bersama tiga suspek orang awam masih dalam tahanan reman berlangsung selama lima hari dan berakhir pada 13 Mei ini.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim selepas membenarkan permohonan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Utusan Malaysia hari ini melaporkan SPRM telah menahan kesemua suspek yang berumur antara 41 hingga 57 tahun itu di sebuah restoran sekitar Kuala Lumpur antara pukul 12.00 hingga 12.30 tengah malam.

Berdasarkan siasatan awal, individu yang berumur 47 tahun itu telah secara rasuah menerima wang berjumlah RM200,000 daripada kontraktor sebagai balasan memberikan kerja penambahbaikan infrastruktur di bawah seliaannya.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. – 11 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.