YA, ramai antara kita yakin Tun M akan mampu memerintah negara selepas 9 Mei 2018 berbekalkan pengalaman beliau memerintah negara selama 22 tahun. Tetapi, ramai juga yang kecewa dengan pemerintahan Tun M berkerajaankan Pakatan Harapan setahun selepas itu. Dari seorang PM ke-4 yang baik rekod pemerintahan, Tun M didakwa gagal sebagai PM ke-7 dan berikut adalah 5 punca utama Tun M gagal mengulangi rekod cemerlangnya sebelum ini :-

Pertama: Kalau dulu semasa menjadi PM selama 22 tahun, kabinet Tun M ditunjangi UMNO dengan dibantu MCA, MIC dan parti komponen lain. Tetapi, hari ini, barisan kabinet Tun M ditunjangi oleh DAP yang bukan sahaja menguasai 13 kementerian (1 sahaja timbalan menteri Melayu), malah turut menguasai kementerian paling penting iaitu kewangan. Kabinet yang lemah akan menyebabkan PM gagal untuk mentadbir negara dengan baik. Menteri kewangan berkuasa penuh dalam hal-ehwal kewangan, nak bagi bantuan kepada nelayan, penoreh getah dan peneroka ladang kelapa sawit dia kata tak ada duit tapi saban hari kita dengar derma sana-sini untuk SJKC dan persatuan penganut itu dan ini.

Kedua: Manifesto Pakatan Harapan dibuat oleh DAP. Walaupun ada perkara yang Tun M tak setuju, tetapi manifesto DAP itu didendangkan dengan begitu meluas sampai ramai percaya janji ‘bulan & bintang itu’ itu. Jika anda masih ingat, semasa majlis pelancaran manifesto tersebut, Tun M tak huraikan manifesto itu kerana ia dibuat oleh DAP. Bila dah menang dan tak dapat tunaikan banyak janji dalam manifesto itu, pastinya Tun M yang dipersalahkan dan bukannya DAP yang merencanakan manifesto tersebut dan mempromosinya dengan begitu berjaya sampai semua RAYKAT percaya.

Ketiga: Tun M menjadi PM berkerajaan PH tanpa sokongan majoriti Melayu dan orang Melayu menjauhi PH sebab DAP. Jutaan dan ratusan ribu orang yang berhimpun bagi membantah ICERD dan Statut Rom jelas menggambarkan orang Melayu tidak bersama Tun M sebagai PM bagi sebuah negara yang majoriti penduduknya adalah Melayu. Sebab imej dan sikap anti Melayu dan anti Islam yang terserlah pada DAP, bukan sahaja Tun M yang menerima kesannya tetapi juga PAN yang kini dicop sebagai balaci DAP dalam kerajaan Malaysia. Resah-gelisah ahli serta akar umbi PAN semakin kita dengari akibat kerelaan pemimpin PAN mengikut telunjuk DAP akibat dedak sebelum PRU14.

Keempat: Tun M juga semakin sukar dan akhirnya akan gagal untuk menyekat kemaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi PM sebab DAP. Masih ingatkah kita pada insiden Tun M buat-buat main telefon ketika semua pemimpin PH angkat plakad Anwar sebagai PM? Itu jelas menunjukkan Tun M tak mahu Anwar naik jadi PM dan hari ini, kita tak terlalu terkejut bila baca berita tokong besar DAP, Lim Kit Siang ugut akan bersara jika Tun M tak tunaikan janji untuk serah jawatan PM pada Anwar. Maknanya, seperti yang Tun M pernah akui sebelum ini, DAP menguasai kabinet negara dan DAPlah yang tentukan siapa PM. Boleh main ugut-ugut pula kalau tak letak PM pilihannya.

Kelima: Akhir sekali, Tun M yang dilantik ke jawatan PM selepas PRU14 atas restu DAP terpaksa melantik peguam negara (AG) atas kehendak DAP. Siapa Tommy Thomas kepada Tun M sebelum ini, apakah Tun M kenal Tommy sebelum PRU14. Yang pasti, AG kenal, mempunyai hubungan dengan DAP terutama Lim Kit Siang lama sebelum PRU14 kerana Tommy adalah peguam anaknya dalam kes banglo dan tokong besar itu pernah merasmikan buku Tommy banyak tahun sebelum PRU14.

Seperti mana saya berpesan beberapa hari sebelum PRU14 iaitu jika undi logo PKR maka membenarkan DAP menguasai Malaysia, hari ini kita berdepan dengan PM yang mentadbir dalam kepayahan dan kesukaran terpaksa mengikut telunjuk DAP manakala negara pula dibimbangi dengan ekonomi yang suram, perpaduan yang meruncing dan tekanan melampau ke atas orang Melayu dan agama Islam.

#DAPpuncakerosakanyangberlakupadaMalaysia,selamatkannegaraku

AMRAN AHMAD NOR
Timbalan Pengerusi Gagasan Tiga (G3)
Pimpinan DAP yang dipecat kerana tak mahu DAP menang PRU14

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBORD*

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.