Calon PH PRK Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee.

KUALA LUMPUR – Seorang bekas ahli seumur hidup DAP menjangkakan parti itu akan kalah pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Sandakan yang berlangsung pada hari ini.

Bagaimanapun Amran Ahmad mengakui bahawa sekiranya calon Vivian Wong Shir Yee mewakili DAP menang, namun majoriti yang diperolehi tidak setinggi mendiang bapanya, Datuk Stephen Wong Tien Fatt yang menang ketika bertanding pada Pilihan Raya Umum-14 (PRU-14) lepas.

“Saya meramalkan DAP akan kalah.

“Ataupun DAP kalah dengan cara majoriti undian akan turun iaitu dengan drastik dan angka yang lebih besar.

Bekas ahli seumur hidup DAP, Amran Ahmad.

Timbalan Pengerusi G3 itu mengakui bahawa keadaan ini berkaitan rapat dengan faktor semasa terutama mengenai percubaan menggugat kedudukan agama Islam yang diketuai oleh DAP.

“Hampir 40% orang Islam di Sandakan dan kewajipan mereka adalah untuk mengundi DAP (ketika PRU-14) lalu.

“Tapi apa yang jadi selepas 9 Mei adalah kedudukan Islam telah diporak-perandakan oleh PH yang ditunjangi oleh DAP.

“Secara tidak langsung telah jadi penyebab ketidakstabilan dan ancaman terhadap agama Islam.

“Ini pastinya akan menyebabkan pengundi Islam di Sandakan tidak akan undi calon PH dari DAP kerana terbukti setelah setahun berkuasa agama kita tergugat,” katanya ketika sesi wawancara dalam program PRK Sandakan : Apa lagi temberang DAP ? di Nothing to Hide.

PRK di Sandakan diadakan berikutan kematian penyandangnya mendiang Stephen yang diserang sakit jantung pada 28 Mac lalu. – NTHQiBord, 11 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.