Wednesday, August 21, 2019
Home Berita Berita kematian Ismail Kamus tidak benar

Berita kematian Ismail Kamus tidak benar

0

KUALA LUMPUR – Penularan berita di media sosial bahawa pendakwah terkenal, Datuk Ismail Kamus telah meninggal dunia adalah tidak benar

Memetik laporan Utusan Online, Exco Penerangan, Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia Abdul Hadi Jusoh berkata gambar Ismail berbaju kuning yang dirakam oleh pihak tertentu adalah sewaktu beliau baru sahaja selesai menjalani pembedahan kecil dan dalam keadaan rehat.

“Di waktu ini (Sabtu 11 Mei, 11.20 pagi), tuan guru ustaz Ismail Kamus berada dalam keadaan sihat dan stabil, insyaAllah dijangka keluar daripada wad pada petang ini atau esok.

“Harap tidak dipanjangkan berita-berita yang tidak benar dengan situasi sebenar dan mengelirukan orang ramai,” katanya dalam kenyataan hari ini. – 11 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.