KIRA-KIRA 6 tahun lalu, insan genius dari Johor ini pernah menyenaraikan sejumlah sebab kenapa Anwar Ibrahim tidak boleh menjadi perdana menteri.

Kini Presiden PKR itu berada di landasan tepat untuk mencapai cita-citanya selepas dijanjikan oleh jawatan itu oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir berdasarkan perjanjian dalam Pakatan Harapan sebelum PRU14.

Mari kita imbas kembali apa yang pernah disuarakan Datuk Ahmad Maslan mengenai Anwar dan adakah ini pemimpin yang kita mahukan sebagai perdana menteri?

1. PENGHASUT RAKYAT. Menghasut rakyat untuk mengadakan tunjuk perasaan sehingga mencetus keganasan seperti himpunan Bersih dan himpunan reformasi menentang Tun Mahathir pada 1998. Siapa sangka hari ini musuh yang paling beliau benci sejak 20 tahun lalu kini sekali lagi bakal menentukan impiannya untuk menjadi perdana menteri.

2. SUKA BERBOHONG. Taip saja di Google – pembohongan 16 September – maka tersusunlah laporan yang memaparkan kisah dongeng Anwar kononnya Pakatan Rakyat akan menubuhkan kerajaan baharu pada 16 September 2018. Perangai lamanya ternyata tidak berubah. Masih ingat kata-kata keramat beliau? “Saudara, saya ulang. Hari ini kalau pilihan raya kita menang, bagi saya 24 jam. Bukan 20 hari, bukan 2 minggu. 24 jam, saya umum harga minyak turun serta-merta.”

3. PENYOKONG LGBT. Sahabat baik Anwar, Tan Sri S. Nallakaruppan pernah mendedahkan bakal PM kita merupakan pengamal biseksual. Begitu juga dengan pendedahan veteran PAS, Datuk Dr Hassan Ali yang tidak mahu bersetongkol dengan kegiatan haram Anwar.

4. KABINET BAYANGAN. Dulu belum jadi kerajaan pun Anwar tak perlu ada Kabinet bayangan. Kini dah jadi kerajaan, Kabinet yang dilantik asyik jadi bahan kecaman rakyat. Disuruh rombak pun susah, apatah kalau disuruh bubar.

5. JANJI PALSU. Ulang siar. “Saudara, saya ulang. Hari ini kalau pilihan raya kita menang, bagi saya 24 jam. Bukan 20 hari, bukan 2 minggu. 24 jam, saya umum harga minyak turun serta-merta.”

6. BERFAHAMAN PLURALISME. Sahabat baiknya, Ustaz Ismail Mena mendedahkan Anwar seorang yang menyokong fahaman bahawa semua agama itu adalah satu. Masya-Allah.

7. PENYOKONG ISRAEL. Awal tahun ini Anwar dengan garangnya menyatakan pendirian menyokong Tun Mahathir susulan keputusan kerajaan menghalang kemasukan atlet Israel ke negara ini. Tapi takkan Anwar dah lupa 7 tahun dulu, dia pernah sokong Israel. Tak takut ke Israel marah nanti?

8. PELIWAT. Geli nak sebut tapi itulah kenyataannya. Dua kali disabit bersalah kes liwat. Mahukah anda miliki perdana menteri kaki liwat? Sila jawab di akhirat nanti.

Ikuti video penuh Ahmad Maslan mengulas mengenai sebab-sebab Anwar tidak boleh jadi PM:

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.