KUALA LUMPUR – Tahun ini FGV Holdings Bhd (FGV) dijangka mencatatkan prestasi kewangan lebih baik apabila berjaya mengekalkan momentum penambahbaikan dalam pengeluaran hasil ladangnya pada bulan April 2019 berbanding tempoh sama tahun lalu.

Prestasi itu dicapai hasil daripada pelan transformasi yang telah dilaksanakan oleh kumpulan perladangan itu sejak Oktober 2018.

Bagi April, kumpulan menghasilkan sejumlah 382,548 tan metrik tandan buah segar daripada 23 wilayah berbanding 358,527 tan metrik yang dihasilkan pada tempoh sama tahun 2018, peningkatan sebanyak 6.7 peratus.

Pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) FGV juga meningkat sebanyak 11.6 peratus kepada 267,436 tan metrik berbanding to 239,662 MT, manakala pengeluaran isirung sawit juga menokok 13.9 peratus kepada 71,316 tan metrik berbanding 62,623 tan metrik pada tempoh sama tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Haris Fadzilah Hassan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Haris Fadzilah Hassan, berkata beliau amat berpuas hati dengan prestasi semasa bahagian operasi dan ia adalah hasil daripada kerjasama semua petugas khususnya di peringkat ladang.

“Saya yakin momentum ini akan berterusan sepanjang tahun sekali gus membantu kumpulan untuk mencatatkan keputusan yang lebih baik tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan. – 11 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.