YALA – Seorang ketua kampung sekali lagi terselamat manakala isterinya maut dan tiga anak perempuan mereka cedera apabila pikap yang mereka naiki terkena tembakan yang dilepaskan dari sebuah pikap lain ketika lima sekeluarga itu dalam perjalanan pulang ke rumah untuk berbuka puasa.

Dalam kejadian pada 6.30 petang (waktu tempatan) di Kampung Jak Bantang, lelaki yang berusia 45 tahun itu yang merupakan ketua kampung tempat 4 mukim Benar Setar cuma mengalami kecederaan.

Memetik laporan Bernama, beliau pernah ditembak sekurang-kurangnya tiga kali sebelum ini.

Penolong Ketua Polis Siasatan Jenayah Benar Setar Kapt. Pol. Suriya Kuedam berkata isteri mangsa yang berusia 34 tahun yang juga penolong ketua kampung, yang duduk di kerusi hadapan pikap maut di tempat kejadian.

Beliau berkata tiga anak perempuan pasangan itu yang berusia 14, 10 dan tujuh tahun mengalami kecederaan dan sedang dirawat di Hospital Benar Setar.

“Siasatan awal polis mendapati tembakan itu dilepaskan dari sebuah pikap ke arah pikap yang dinaiki keluarga itu di hadapan Sekolah Rendah Jak Bantan,” katanya ketika dihubungi. – 11 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.