TINDAKAN 23 Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) negeri menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini, mencetuskan banyak pertanyaan dalam Bersatu Johor.

Sehingga kini Menteri Besar, Datuk Dr. Sahruddin Jamal memilih untuk tidak memberikan komen berhubung tindakan tersebut walaupun mengetahui isi kandungannya.

“Saya maklum, isi kandungannya ada dalam tu (itu),” katanya beliau yang juga Setiausaha Bersatu negeri memberitahu pihaknya maklum akan pertemuan antara kedua-dua pihak tersebut.

Tan Sri Muhyiddin Yasin selaku Presiden parti Bersatu turut menutup mulut dan tidak memberi sebarang komen.

Sebelum ini terdapat khabar yang mengatakan pelantikan Mazlan Bujang, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa, tidak disenangi oleh sebahagian besar Ketua Bahagian Bersatu Johor.

Mazlan mempertahankan pelantikan bukan atas dasar lobi dan beliau menjelaskan jawatan itu diamanahkan kepadanya oleh Pengerusi Bersatu itu dengan surat pelantikan ditandatangani presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin. 11 Mei 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.