akar Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Ahmad Hafizam Hasmi.

KUALA LUMPUR – Saksi inkues ke-24 menyangkal teori dibentangkan saksi pakar forensik lain dalam prosiding inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.

Memetik laporan Harian Metro, Pakar Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Ahmad Hafizam Hasmi berkata, beliau tidak bersetuju dengan teori dikemukakan saksi ke-29, Perunding Kanan Patalogi Forensik di United Kingdom, Prof Dr Shahrom Abd Wahid.

“Saya dan saksi ke-27, Ketua Jabatan Forensik HKL, Datuk Dr Mohd Shah Mahmood, tidak bersetuju bahawa Muhammad Adib ditarik dan tersepit antara pintu dan jenang pintu van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Struktur pintu dikatakan mengenai dada mangsa adalah sepanjang 28 sentimeter (cm) sedangkan saiz kecederaan di badan mangsa hanyalah 15 cm.

“Saya berpendapat, kecederaan itu jelas sekali tidak berpadanan dengan panjang struktur pintu,” katanya ketika menjawab soalan Pegawai Pengendali Faten Hadni Khairuddin pada hari ke-32 prosiding inkues kematian Muhammad Adib di hadapan Koroner Rofiah Mohamad.

Beliau yang bertanggungjawab melakukan bedah siasat turut menolak beberapa fakta dikeluarkan Dr Shahrom sebelum ini berhubung formula daya.

“Formula daya untuk mendapatkan impak kecederaan ke atas Muhammad Adib yang digunakan Dr Shahrom adalah tidak tepat.

“Saya mendapati Dr Shahrom berkemungkinan tidak mengambil kira berat van EMRS ketika membuat kiraan formula daya itu.

“Tidak dinafikan, sememangnya formula ini memang digunakan dan selalu digunakan untuk kes membabitkan jatuh dari tempat tinggi,” katanya.

Mengulas lanjut, saksi sama berkata, disebabkan itu, pihaknya tidak memasukkan langsung jarak si mati kerana tidak mengetahui Muhammad Adib jatuh di mana ketika kejadian rusuhan terbabit.

“Namun, berdasarkan kiraan ini, apa yang berlaku sudah cukup kuat untuk patahkan tulang rusuk si mati,” katanya. – 11 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.