SATU per satu kontroversi dicetuskan Parti Warisan Sabah, tidak ubah seperti sekutunya, DAP.

Sebelum ini, parti pimpinan Shafie Apdal itu dikecam kerana menggunakan aset kerajaan ketika berkempen untuk DAP pada PRK Sandakan.

Semalam, parti itu sekali lagi menjadi perhatian media apabila seorang pemimpin kanan daripada parti Warisan mengesahkan bahawa anggota Cawangan Khas (SB) dilarang daripada menghadiri sidang media kerajaan negeri.

Naib Presiden Junz Wong berkata SB tidak perlu hadir ke mana-mana program tanpa undangan, namun jika mereka ingin datang permohonan perlu dilakukan dahulu.

“Jika mereka mahu memohon untuk hadir, mereka perlu menunjukkan identiti dan bukannya menyamar sebagai wartawan,”katanya.

Untuk makluman, kehadiran SB adalah prosedur biasa yang bertujuan meneutralkan sebarang ancaman sebelum sebarang acara kerajaan membabitkan pegawai berpangkat tinggi berlangsung.

Keadaan ini dilihat sangat menjengkelkan, apa yang kerajaan negeri Sabah risaukan dan sembunyikan sehingga kehadiran SB tidak dibenarkan.

Warisan dilihat seolah-olah sudah copy paste perangai rakan sekutu mereka, DAP. Takut dengan bayang-bayang sendiri.

Malah Ketua Polis baru negara, Datuk Abdul Hamid Bador terkejut dengan ‘perangai’ Warisan menghalau anggotanya dari sebuah majlis parti itu semalam.

Katanya, anggota SB tetap akan dihantar ke sidang media anjuran Parti Warisan Sabah, walaupun parti itu mengenakan larangan terhadapnya.

Bagaimanapun, katanya, polis akan menghormati parti politik dengan tidak menghantar anggota Cawangan Khas ke perbincangan tertutup mereka.

“Itu hak dia (untuk larang). Bagi polis, di mana difikirkan perlu untuk ditempatkan anggota untuk tujuan menjaga keamanan dan keselamatan, kita akan tetap tempatkan anggota dan pegawai.

“Jika dia (Warisan) hendak panggil media, maka itu sudah terbuka. Sekiranya berlaku kekecohan, sekurang-kurangnya mereka sudah ada di situ,” katanya. – 12 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.