Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pemimpin yang mempunyai sikap hipokrit dan bijak mencipta pelbagai alasan dalam mengaburi kesalahan yang dilakukan.

Pendedahan itu dikongsikan bekas Timbalan Pengarah Pilihan Raya Keadilan, Hamdan Taha yang menyifatkan Anwar pandai berlakon sebagai seorang yang warak namun hakikat sebenarnya beliau adalah individu yang bermuka-muka.

“Orang sebenarnya lebih mengenali Anwar selepas zaman reformasi, sebelum reformasi rakyat tidak mengenali Anwar secara lanjut.  Rakyat (ketika itu) melihat Anwar ini dalam imej yang baik bakal perdana menteri dan pemimpin UMNO.

“Namun begitu perkara-perkara seperti idealisme sebenar, dia sembunyikan ketika berada dalam UMNO. Baik buruk dia tu orang tidak nampak. Dilihat bersih saja,”katanya.

Kata Hamdan, selepas era reformasi apabila Anwar dipecat atas tuduhan salah laku moral, barulah rakyat melihat sisi sebenar mantan timbalan perdana menteri itu.

“Maka persepsi rakyat sudah terbahagi dua ketika itu, satu yang bersetuju dan percaya bahawa dia tidak bermoral. Satu lagi yang mempertahankan dia, mengatakan dia dizalimi oleh Tun Mahathir dan harus dipertahankan,” katanya ketika sesi wawancara Anwar Ibrahim vs Tun Mahathir : Siapa Sebenarnya Perosak Melayu dan Negara ? bersama Nothing to Hide.

Tambah Hamdan, rakyat yang membesar sezaman dengan Anwar boleh menilai sendiri perbezaan personaliti Presiden PKR itu sewaktu dia berada dengan UMNO dan sekarang.

“Jadi selepas 20 tahun akhirnya rakyat Malaysia sama ada sezaman dengan dia ataupun golongan muda boleh menilai siapakah Anwar Ibrahim yang sebenar.

“Maka imej dia sekarang dah jadi caca-marba, kita tidak sangka ..mana boleh kita terfikir dia boleh menari di atas pentas, boleh menyanyi dan menari lagu India,” katanya. – NTHQiBord, 12 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.