BEBERAPA tahun lalu, tular isu skandal Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Nika Gee Siew Yee isteri kepada bekas Timbalan Pendakwa Raya, Stanley Clement Agustin.

Perkara itu terbongkar dengan pendedahan dokumen merangkumi akuan bersumpah (SD) Stanley Clement Agustin mengenai dakwaan hubungan Muhyiddin dan isterinya. Muhyiddin dikatakan menjadi punca utama perceraian mereka.

Menurut sumber, Stanley mendakwa isterinya Nika Gee Siew Yee mempunyai hubungan sulit dengan Muhyiddin ketika beliau menjadi menteri besar Johor lagi. Malah isteri Muhyiddin menyedari hubungan berkenaan dan melarang wanita terbabit bertemu dengan suaminya.

Sebuah NGO mendesak Jabatan Agama Islam Persekutuan (JAWI) menyiasat dakwaan skandal seks membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu dengan seorang wanita. NGO tersebut kemudiannya turut menyerahkan bukti kepada Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) termasuk keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2015 berkaitan perceraian Stanley dan bekas isterinya.

Sebelum itu, penulis blog Raja Petra Kamaruddin menyiarkan SD seorang lelaki yang mendakwa isterinya menjalinkan hubungan dengan Muhyiddin ketika tokoh itu menjadi menteri besar Johor.

Sehingga kini tiada suatu keputusan yang jelas tentang isu tersebut sehinggalah tampuk pemerintahan bertukar daripada BN kepada PH.

Muhyiddin bernasib baik kerana ketika itu Datuk Seri Najib tidak mengambil kesempatan mematikan kerjaya musuh politiknya menggunakan isu tersebut secara besar-besaran. Hanya sekadar menyatakan Muhyiddin tidak boleh dipercayai kerana mempunyai skandal dengan isteri orang. – 12 Mei 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.