LIM Kit Siang kata kemenangan DAP di Sandakan merupakan “tamparan hebat” kepada “malu apa bossku”. 

Tetapi mana satu pukulan maut antara menang di Sandakan kalahkan calon PBS yang bukan BN dengan kalah kepada “UMNO” (BN) di Cameron Highlands.

UMNO dengan DAP adalah seteru sepanjang zaman. 

DAP cukup benci dengan UMNO.

Keutamaan DAP ialah memusnahkan UMNO dulu, kini dan selamanya.

Tetapi mereka tidak pernah bertemu satu lawan satu di dalam gelanggang.

Ditakdirkan mereka bertempur di Cameron Highlands. DAP kalah teruk. Sudah tentu dendam kesumat Kit Siang memuncak.

Justeru kemenangan DAP di Sandakan tidak akan dapat memulihkan maruah Kit Siang yang terluka di Cameron Highlands.

Ia perlu tujuh keturunan untuk memulihkannya.

Menang di kawasan majoriti Cina hanya mengesahkan status quo DAP sebagai parti orang Cina.

Lagi pun lawannya adalah PBS yang bukan lagi komponan BN.

Kit Siang hanya ada satu lagi pilihan.

Iaitu lawan sekali lagi UMNO di tempat yang bukan majoriti Melayu.

Ada berani?

DATUK PUAD ZAKARSHI
Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.