NAMPAK gayanya Lim Guan Eng tidak menghormati langsung pada Perlembagaan Persekutuan. Anwar Ibrahim diberi pengampunaan bukan atas desakan atau cadangan daripada Peguam Negara atau Lembaga Pengampunan tetapi diatas desakan daripada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri.

Yang sepatutnya, Peguam Negara perlu mencadangkan kepada Lembaga Pengampunan yang diketuai oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong untuk pengampunan Anwar Ibrahim, bukannya Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Tetapi, Peguam Negara Mohamed Apandi Ali telah dibuang pada 15 Mei 2018 dan Tommy Thomas mengambil alih pada 4 Jun 2018. Manakala Anwar pula diberi pengampunan pada 16 Mei 2018.

Perkara ini amat jelas terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan.

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Perkara 42. Kuasa pengampunan, dsb.

(1) Yang di-Pertuan Agong berkuasa memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum berkenaan dengan segala kesalahan yang telah dibicarakan oleh mahkamah tentera dan segala kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan Raja atau Yang di-Pertua Negeri sesuatu Negeri berkuasa memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum berkenaan dengan segala kesalahan lain yang dilakukan di dalam Negerinya.

(2) Tertakluk kepada Fasal (10), dan tanpa menjejaskan mana-mana peruntukan undang-undang persekutuan yang berhubungan dengan peremitan hukuman kerana kelakuan baik atau khidmat khas, apa-apa kuasa yang diberikan oleh undang-undang persekutuan atau undang-undang Negeri bagi meremitkan, menggantung atau meringankan hukuman bagi apa-apa kesalahan bolehlah dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong jika hukuman itu telah dijatuhkan oleh mahkamah tentera atau oleh mahkamah sivil yang menjalankan bidang kuasa di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, dan dalam apa-apa hal lain, kuasa itu bolehlah dijalankan oleh Raja atau Yang di-Pertua Negeri bagi Negeri tempat kesalahan itu telah dilakukan.

(3) Jika sesuatu kesalahan telah dilakukan keseluruhannya atau sebahagiannya di luar Persekutuan atau di lebih daripada satu Negeri atau dalam hal keadaan yang boleh menimbulkan keraguan di mana kesalahan itu telah dilakukan, maka bagi maksud Perkara ini kesalahan itu hendaklah dikira telah dilakukan di Negeri tempat kesalahan itu telah dibicarakan. Bagi maksud Fasal ini, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah masing-masingnya dikira sebagai suatu Negeri.

Jelas di sini bahawa pengampunan yang diberi kepada Anwar adalah tidak sah kerana ianya tidak mematuhi Perlembagaan Persekutuan.

Jadi apa yang Lim Guan Eng cakap ni? Takkanlah seorang menteri Kabinet pun tak tahu undang-undang atau pun dia buat-buat tak tahu?

RAJA PETRA KAMARUDIN,
Penganalisis politik.

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBORD*

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.