KEMENANGAN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan membuatkan DAP mengepak dada
seolah-olah sudah menanam UMNO-PAS sedalam-dalamnya. Walhal parti saingan utama adalahParti Bersatu Sabah (PBS).

Dengan megah, khalifah Pakatan Harapan (PH), Lim Guan Eng menyifatkan kemenangan itu disebabkan enam faktor utama walaupun realitinya sebab yang dinyatakan menyembunyikan fakta sebenar dan hanya pengubat kekalahan memalukan DAP di Cameron Highlands.

Berikut adalah persoalan yang timbul daripada enam faktor yang dinyatakan Guan Eng:

1. Keyakinan dan sokongan penuh daripada pengundi Sandakan untuk Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang telah bersama-sama turun berkempen dari rumah ke rumah selama berhari-hari dan berucap di dalam banyak ceramah DAP, termasuk 45 minit di ceramah kemuncak di dalam hujan lebat tanpa berpayung.

Macam mana dengan kes penggunaan aset kerajaan oleh parti Warisan untuk berkempen bagiĀ  pihak DAP? Guan Eng tidak mahu ulaskah?

2. Seperti dibuktikan keputusan PRK Sandakan, pembangkang tidak mampu menandingi
kombinasi Warisan, DAP dan Pakatan Harapan dalam mengutamakan kesederhanaan dan
menyatukan rakyat Malaysia dengan mewakili semua kaum, agama, dan kawasan.

Kenapa DAP tidak guna logo Pakatan Harapan tetapi menggunakan parti sendiri? Inikah semangat kesederhanaan dan menyatukan rakyat yang dilaung-laungkan?

3. Sokongan untuk pembangunan berpaksikan rakyat berbanding kapitalisme kroni untuk
menjadikan ekonomi Sandakan dinamik semula.

Mungkin Guan Eng lupa satu lagi perkara. Penolakan NEPOTISME. Amalan nepotisme dalam parti itu sudah cukup menggambarkan bagaimana parti itu boleh mengamalkan kronisme.

4. Penolakan korupsi dan kerajaan kleptokrasi untuk diganti dengan pentadbiran secara baik dan bersih.

Sebenarnya kerajaan kakistrokasi yang mengambil-alih dengan hanya tahu menjenamakan semula usaha kerajaan lama.

5. Kemenangan DAP itu ialah sokongan terhadap kerja baik yang dilakukan oleh mantan anggota Parlimen Sandakan Datuk Stephen Wong iaitu bapa Vivian; idealisme dan keutuhan prinsip DAP; dan Vivian sebagai calon yang baik dan melambangkan masa depan dan pemerkasaan wanita dan golongan muda.

Bukankah mendiang pernah melanggar prinsip DAP iaitu tidak boleh menerima sebarang gelaran sepanjang tempoh berkhidmat sebagai ahli politik?

6. Jentera pilihan raya DAP dan mobilisasi pemimpin dan anggota, yang mendapat sokongan kuat daripada Warisan dan PH, membenarkan kempen yang menyeluruh diisi dengan tenaga, kepantasan, dan capaian pengundi yang meliputi keseluruhan kawasan Parlimen.

Semua ini dapat dilakukan dengan menggunakan aset kerajaan, tidak begitu?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.