KUALA LUMPUR – Selepas setahun memerintah, kerajaan DAP-PH ditegur oleh Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) kerana ada aduan daripada ahli kesatuan yang membuat aduan.

Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda berkata, pihaknya menerima aduan bahawa ada individu lantikan politik mencampuri urusan dalam perkhidmatan awam.

“Apa (aduan) yang sampai ke pejabat kami, ada dasar diputuskan lantikan politik yang tidak mahu penjawat awam buat. Mereka (lantikan politik) yang hendak buat.

“Kalau ada halangan begini, ia akan melambatkan proses pelaksanaan. Penjawat awam tidak akan berdiam diri kerana mereka memegang dan memikul tanggungjawab,” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur.

Kesatuan itu mahu campur tangan dalam pengendalian dan pelaksanaan dasar kerajaan oleh individu lantikan politik dihentikan

Dalam sidang media yang sama, beliau mahu kerajaan mengekalkan dasar perumahan untuk penjawat awam berikutan masih ramai belum memiliki kediaman sendiri dan pertimbangan memberi insentif khas sempena Aidilfitri ini. – 14 Mei 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.