LEBIH sejuta penduduk Palestin berdepan krisis kebuluran makanan apabila dana sumbangan kepada agensi pelindungan pelarian, UNRWA semakin berkurangan.

Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu berkata krisis itu hanya boleh diatasi jika ada sumbangan sebanyak AS$60 juta (RM240 juta) pada hujung bulan ini.

Krisis tersebut berlaku ketika umat Islam di seluruh dunia menunaikan ibadat puasa pada bulan Ramadan dan menikmati pelbagai juadah ketika berbuka.

Namun bagi lebih separuh penduduk di Gaza, mereka bergantung kepada bantuan makanan dari dana antarabangsa.

UNRWA bergantung kepada derma dan bantuan kewangan yang semakin berkurangan sejak kebelakangan ini.

Pada tahun 200, kurang 80,000 pelarian Palestin menerima bantuan sosial UNRWA di Gaza.

Hari ini lebih sejuta penduduk negara itu memerlukan bantuan makanan kecemasan. – AGENSI, 14 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.