KUALA LUMPUR – Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 merupakan antara detik hitam dalam sejarah Malaysia moden. Tidak ada sesiapa yang waras mahu peristiwa serupa berulang kembali.

Peristiwa 13 bukanlah kejadian pada hari tersebut semata-mata tetapi melalui kronologi yang panjang. Kemuncaknya adalah peristiwa berdarah yang mengorbankan banyak nyawa itu.

Namun, tindakan sesetengah pihak seperti portal berita Malaysiakini yang menyiarkan artikel cuba memutar belit sejarah hitam itu mendapat kecaman netizen.

Antara komen tersebut termasuklah;

“Hari ini, terbukti jelas, buku tulisan Kua Kia Soong yang merupakan salah seorang tenaga penting dalam DAP terutama sekali membabitkan pendidikan dan kini merupakan penasihat SUARAM, cuba dijadikan teks sejarah utama membabitkan 13 Mei 1969. Malaysiakini pula memainkan peranan sebagai jentera propaganda yang hebat dengan menampilkan cerita bagaimana orang Melayu bertindak ganas dan kejam terhadap orang Cina, termasuklah membunuh sekeluarga yang di dalamnya ada dua orang budak kecil di dalam sebuah kereta yang melintasi Kampung Baru.

Malaysiakini dan buku tulisan Kua Kia Soong bersatu untuk mengubah sejarah yang kemudian akan disambut oleh para jentera propaganda di media-media sosial terutama sekali di Facebook dan Instagram untuk menyatakan bahawa segala catatan sejarah tentang 13 Mei 1969 selain daripada apa yang ditulis oleh Kua Kia Soong dan Malaysiakini adalah salah dan bertentangan,” Mohd Firdaus Idris.

“Cina yg merusuh dan provok dulu… depa plak claim depa mangsa. Sesungguhnya aku tengah berpuasa… malas nak bangkit semula peristiwa 13 Mei 1969 ni… tapi bila Cina DAP dah main semula isu nie… apalagi kita kena bersuara. Sabar kami ada limit nyaaa,” Noor Atikah Rozemi.

“Mereka sedang cuba tukar sejarah cerita untuk bangse mereka yg akn datang…” Pak Tam Kecik.

“13 Mei 1969. Jika kita hendak tahu apa sebenarnya yang terjadi, rujuklah dokumen rasmi. Jangan rujuk buku yang di olah mengikut pandangan penulis. Pandangan penulis ni ada agenda. Agenda dia hanya penulis yang tahu. Contoh buku KKS tu, buku tu tajuk je konon declassified tapi dia bukan declassified dokumen rasmi tapi lebih kepada laporan akhbar. Untuk tahu apa sebenarnya yang terjadi, rujuk dokumen rasmi. Untuk kes 13 Mei 1969, boleh baca laporan,” Mageran Zumira Abdullah.

“It is not fair to only write abot the respon days. 3 days in a row a convoy of daps provoked the malays near maghrib time. 13 mei is the respon day to the provocation. Let everyone know daps started it,” Chu Lan.

“Ramai eye witness yg masih hidup bole ceritakan perkara sebenar dgn lebih menyeluruh dan dpt membantu kearah perpaduan.. tulisan MK ni terlalu bias dan tidak membantu langsung utk perpaduan,” Fazrina Tahir.

Tidak kurang juga yang mendesak PDRM mengambil tindakan terhadap portal ini kerana menyiarkan artikel terbabit.

“#PDRM…tolong jln kan tugas anda…page dap nie dh mula cari penyakit…..nanti ade sekor 2 taye mane bukti dap yg mencetuskan 13mei….sekarang nie bukti page dap dh mula,” Mohamad Embong

“Malaysiankini cuba nak huruharakan negara dgn membangkit isu berdarah? PDRM jalankann siasatan dibawah akta hasutan(belum mansuh lagi rasanya),” Mohd Azril Suraya.

Ada kalangan netizen mempertikai motif penyiaran artikel berkenaan.

“Maaf. Apa motif penulisan ni diterbitkan ? Akhbar online lain tak Ada pom,” Muhammad Radzi Ismail.

“Apa benda nie malaysiakini??? Sajer nak mencetuskan perbalahan antara kaum?? Tak berintegriti langsung!! Jangan jd BATU API Mohon tarik balik PENULISAN nie!!,” Aznida Hamidun.

Umumnya, netizen membangkitkan apakah motif di sebalik penyiaran artikel terbabit, dan mahu mereka menghormati orang Melayu yang merupakan tuan kepada tanah ini.

Walaupun orang Melayu dan Islam merupakan majoriti, kaum lain masih boleh menikmati keamananan tinggal di negara ini. Hormati kaum majoriti dan hak meraka. – NTHQiBord 14 Mei 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.