KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa hanya berpura-pura baik demi mengejar kuasa masing-masing, kata Rizam Ismail, Adun Sungai Air Tawar, lapor Sinar Harian.

Bagi pemuda UMNO Selangor, Mahathir tidak akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Presiden PKR itu.

“Dr Mahathir tidak akan memberikan kuasa perdana menteri ini kepada Anwar kerana sememangnya mereka musuh sejak dulu lagi.

“Tetapi hanya kerana mengejar kuasa, mereka berpura-pura berbaik, namun saya cukup yakin rakyat tidak mudah ditipu,” katanya yang juga Ketua Pemuda UMNO Selangor.

Rizam berkata, meskipun Dr Mahathir berjanji akan berundur dan memberi kuasa kepada Anwar, namun kenyataan beliau dilihat sering kali tidak bersifat konsisten.

“Saya lihat perdana menteri melaksanakan apa yang terlintas di fikiran pada ketika itu mengikut populariti semata-mata.

“Misalnya, banyak perkara daripada segi keperluan rakyat semakin mendesak gagal diperjuangkan, malah prestasi PH gagal sepanjang setahun mereka mentadbir negara,” katanya.

Dalam perkembangan lain sebuah buku yang bertajuk Anwar PM ke-8 tulisan Shahbudin Husin telah diterbitkan. Pada kulit depannya tertulis “Janji Serah Kuasa Yang Mesti Ditepati”.
Hal ini menjelaskan lagi senario dalaman antara kedua-dua pemimpin PH ini. – 14 Mei 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.