Friday, December 6, 2019
Home Ekonomi Harumanis bakal berada di pasaran hiliran

Harumanis bakal berada di pasaran hiliran

0

HARUMANIS, buah mangga premium bersedia memasuki industri hiliran dalam memastikan produk itu dapat dipasarkan lebih meluas kepada orang ramai, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Malah menurut Datuk Salahuddin Ayub kini Harumanis juga terdapat air minuman dan kordial.

“Jadi ini merupakan antara langkah diambil kita bagi memastikan setiap kali penghasilan Harumanis dapat dipasarkan sekali gus dapat membantu para petani dapat menikmati pada harga munasabah.

“Saya gembira bila diberitahu Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah membeli buah ini di ladang gred A dgn harga RM21 dan saya merasakan ia dapat memuaskan hati sebahagian besar pengusaha,” katanya.

Mengulas berkenaan kempen ini Salahuddin berkata, ia merupakan antara satu langkah dalam membantu para petani untuk memasarkan produk itu khususnya ketika waktu musim pengeluarannya pada bulan Ramadan.

Tambahnya, ia juga diambil bagi membantu para petani memasarkan produk itu sekali gus bagi mengelakkan berlakunya lambakan di pasaran. – 15 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.