KALAU dulu sebelum PRU14, kita sering mendengar macam-macam masalah dan rungutan dari golongan pemandu teksi.

Ada yang tidak dapat menjana pendapatan yang secukupnya. Ada yang kata undang-undang terlalu ketat. Ada juga yang menyalahkan isu monopoli dan kewujudan kereta sapu.

Paling lantang mereka membantah, kewujudan perkhidmatan e-hailing di negara kita.

Siap berdemo ketika zaman pemerintahan Barisan Nasional. Walaupun pelbagai usaha dilakukan kerajaan terdahulu dengan menubuhkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), memberi bantuan dan baucer, dan mencipta aplikasi setanding e-hailing, tetapi tiada penyelesaian yang dicapai.

Maka datanglah janji manis dari Pakatan Harapan (PH) untuk membantu golongan pemandu teksi dengan menghapuskan perkhidmatan e-hailing.

Bersoraklah golongan pemandu teksi termakan janji manis PH. Setahun sudah berlalu, perkhidmatan e-hailing bukan saja tidak dihapuskan, malah makin bercambah.

Nasib pemandu teksi nampaknya tidak lagi diketahui atau diambil peduli oleh menteri berbangsa DAP, Anthony Loke yang dulunya berjanji mahu hapuskan e-hailing.

Pemandu e-hailing pula mengeluh

Hanya beberapa peraturan dibuat untuk menyusahkan pemandu e-hailing meneruskan perkhidmatan mereka.

Kini giliran pemandu e-hailing pula terpaksa mengadu nasib kepada kerajaaan.

Antara rungutan yang berbangkit, kesukaran buat mereka perlu mendapatkan lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV).

Menurut laporan sebuah akhbar tempatan baru-baru ini, kadar kegagalan lulus peperiksaan Lesen Vokasional (PSV-Teksi/E-hailing) sangat tinggi sehingga memaksa pemandu mengeluarkan sejumlah wang untuk menduduki semula ujian berkenaan.

Ada juga yang merayu kepada kerajaan supaya memanjangkan tempoh untuk mendapatkan lesen itu kerana tempoh ditetapkan adalah sangat singkat dari April hingga Julai memandangkan proses permohonan tersebut adalah rumit.

Jika dulu semasa zaman BN, pemandu e-hailing dapat menjana pendapatan tambahan, tetapi kini mereka perlu mengeluarkan belanja tambahan untuk pelbagai proses yang ditetapkan kerajaan DAP-PH.

Mujurlah Anthony sempat membuat ‘u-turn’ tentang penukaran status kenderaan persendirian kepada PSV, kalau tidak, makin peninglah pemandu e-hailing yang perlu mengeluarkan duit poket untuk mendapat kelulusan.

Anthony pun terkulai

Baru-baru ini, pertubuhan pemandu teksi Gabungan Teksi SeMalaysia (GTSM) terpaksa meminta bantuan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad untuk menyelesaikan kemelut antara golongan teksi dan pemandu e-hailing.

Mana tidaknya, tujuh surat yang dihantar kepada Anthony langsung tidak dibalas sehingga memaksa mereka mencari PM dan timbalannya,Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bagi menangani isu tersebut.

Jadi apa gunanya Tun Mahathir melantik Anthony sebagai menteri pengangkutan jika akhirnya PM sendiri yang terpaksa menyelesaikan isu tersebut?

Isu perkhidmatan teksi dan e-hailing ini menjadi senjata buat bangsa DAP untuk meraih sokongan pada PRU14 lalu, dan kini senjata itu memakan tuan.

Cerdiknya Anthony ini, beliau pandai mengalih isu utama dengan mengumumkan pelaksanaan peraturan baru seperti penguatkuasaan cermin gelap dan ‘membersihkan’ agensi di bawah kementerian itu dari gejala rasuah.

Tapi jangan buat-buat lupa bahawa lupa penambahan lebih banyak lagi kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), yang kononnya mahu dihapuskan oleh kerajaan DAP-PH.

Tapi sekurang-kurangnya Anthony menepati KPI sebagai menteri PH iaitu berjaya menjenamakan semula AES menjadi AWAS.

Perlu diingatkan juga, tiada lagi diskaun untuk saman AWAS ini. Jadi awasilah poket anda daripada menyumbang kepada kerajaan bangsa DAP ini. – NTHQiBord, 15 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.