DRON bersenjata menyerang dua stesen pam minyak di Arab Saudi pada hari Selasa (waktu tempatan) lalu dalam apa yang disebut Riyadh sebagai tindakan “pengecut” oleh pemberontak Houthi Yaman, dua hari selepas kapal tangki minyak Arab Saudi disabotaj di pantai Emiriyah Arab Bersatu.

Serangan dron menyebabkan kerosakan kecil di salah satu stesen yang membekalkan minyak dari Wilayah Timur yang kaya minyaknya ke Pelabuhan Yanbu di Laut Merah, Menteri Tenaga, Khalid al-Falih dalam satu kenyataan.

“Serangan ini membuktikan bahawa penting bagi kita untuk menghadapi entiti pengganas, termasuk militan Houthi di Yaman yang disokong oleh Iran,” kata Falih.

Kebakaran yang berlaku kemudiannya Berjaya dikawal, tetapi gergasi minyak Aramco berhenti mengepam minyak melalui saluran paip.

Falih menggelar penyerang sebagai “pengecut”, mengatakan tindakan sabotaj ini bukan sahaja menyasarkan Arab Saudi tetapi bekalan tenaga dunia dan ekonomi global.

Beliau berjanji pengeluaran dan eksport minyak Saudi tidak akan terganggu.

Serangan di stesen, 320km ke barat ibu kota Riyadh itu menyebabkan harga minyak naik. Brent didagang pada kira-kira $71 naik sehingga 1.2 peratus. – 15 Mei 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.