AKIBAT serangan spyware dari Israel yang dilapor menyasarkan pengguna telefon bimbit Android dan juga iPhone, Whatsapp menggesa 1.5 bilion penggunanya menaik taraf aplikasi itu selepas mengesan kelemahan pada sistem keselamatan.

Aplikasi tersebut dikesan mempunyai kelemahan yang membolehkan penggodam memuat naik kod berbahaya pada peranti pengguna.

Dilaporkan, sebuah syarikat sekuriti siber berpengkalan di Israel, NSO Group, telah memasang perisian pengintip ‘Pegasus’ pada WhatsApp.

Pengodam hanya perlu menelefon dan menghantar kod yang kemudiannya akan memasuki peranti tanpa pengguna menjawab panggilan.

Setelah siap dipasang, Pegasus dikatakan mampu mengaktifkan kamera telefon pintar, mikrofon, mengimbas e-mel dan mesej serta mengutip data lokasi pengguna.

Whatsapp dijadikan sasaran kerana menjadi salah satu medium komunikasi popular, WhatsApp banyak digunakan untuk penghantaran teks dan dokumen, perbualan suara mahupun panggilan video.

Bagi mengatasi ancaman ini, WhatsApp telah mengeluarkan security fix dan pengguna perlu mengemaskini peranti masing-masing. – NTHQIBORD 15 Mei 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.