“MELAYU makan babi! Melayu balik kampung! Melayu tanam jagung! Kita mahu halau semua Melayu! Ini negara bukan Melayu yang punya!”

Itulah antara laungan segerombolan Bangsa DAP ketika mengadakan ‘perarakan kemenangan’ (Victory Parade) yang menjadi pencetus kepada titik hitam sejarah negara pada 13 Mei 1969.

Sudah terang lagi bersuluh itulah provokasi melampau oleh Bangsa DAP, apatah lagi mereka membawa batang penyapu (simbolik untuk ‘menyapu’ orang Melayu) beserta dengan perarakan membawa bendera DAP serta laungan yang menghina Melayu.

Keadaan dikeruhkan lagi apabila ucapan Lim Kit Siang yang mempertikaikan hak Melayu/Bumiputera dan menghasut Cina bangkit melawan sistem negara pada waktu itu menambahkan lagi kebencian terhadap orang Melayu.

Ianya satu tragedi kaum yang ‘ditiup’ oleh Bangsa Dap sendiri ketika mereka meraikan ‘kemenangan’ besar Parti DAP di Selangor pada pilihan raya 10 Mei 1969.

Memang benar pembangkang ketika itu yang sebahagian besar darinya kaum Cina dari Parti DAP dan Gerakan mendapat permit polis bagi perarakan kemenangan melalui jalan yang ditetapkan di Kuala Lumpur.

Namun perarakan tersebut telah melencong dari laluan yang ditetapkan dan melalui kawasan Melayu di Kampung Baru.

Maka berlakulah peristiwa berdarah yang menyaksikan banyak nyawa menjadi korban selain kemusnahan harta benda dan kesannya masih terasa di hati setiap orang Melayu dan Cina pada hari ini.

DAP mahu merobek luka lama

Walaupun sudah 50 tahun berlalu, ada lagi pihak yang tidak berpuas hati terutamanya Bangsa DAP dengan kebenaran tragedi 13 Mei itu.

Parti DAP dipersalahkan kerana memulakan provokasi terhadap orang Melayu, tetapi sehingga kini parti itu masih enggan menerima hakikat tersebut.

Maka tidak hairanlah Bangsa DAP mengadakan majlis Peringatan Kenangan Peristiwa 13 Mei dan forum bagi membincangkan kejadian 13 Mei dengan melibatkan penulis kontroversi Dr Kua Kia Soong.

Bekas ahli Parlimen itu pernah menerbitkan buku bertajuk ‘May 13: Declassified Documents on the Malaysian Riotsof 1969’ tetapi hasil tulisannya itu dipertikaikan banyak pihak kerana ia ditulis berdasarkan kesimpulan yang salah.

Ini kerana penasihat SUARAM itu cuba menyalahkan pentadbiran Tunku Abdul Rahman, perdana menteri pada ketika itu, walhal sudah jelas Bangsa DAP yang memulakan segala-galanya.

Ini menunjukkan Bangsa DAP semakin berani bersuara, lagi-lagi selepas Pakatan Harapan yang dikuasai oleh bangsa DAP menguasai kerajaan seperti mana ketika pilihan raya pada 10 Mei 1969.

Malah mereka juga mahu mengambil peluang untuk membersihkan nama Lim Kit Siang serta parti DAP dalam kejadian 13 Mei.

Kia Soong juga mendesak kerajaan mendedahkan rahsia insiden rusuhan 13 Mei dan laporan unit Cawangan Khas (SB) sedangkan itu semua adalah di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Tindakan Bangsa DAP mengadakan forum ternyata sengaja mahu mencabar kesabaran orang Melayu dan mahu mengubah sejarah kejadian itu.

Sepatutnya setiap rakyat Malaysia tidak kira Melayu, Cina atau India mengambil iktibar dari peristiwa itu.

Tuduhan melulu Kia Soong bahawa 13 Mei berlaku kerana cubaan merampas kuasa untuk menggulingkan Tunku Abdul Rahman adalah tidak benar sama sekali.

Sebaliknya, tuduhan sebegitu boleh mengguris hati orang Melayu dan tidak mustahil satu lagi 13 Mei boleh berlaku jika kebebasan bersuara tanpa fakta ini dibiarkan oleh kerajaan.

Begitu juga dengan sikap tidak matang portal-portal pro-DAP yang sengaja menyiarkan kisah-kisah 13 Mei yang diragui kesahihannya.

Lebih membimbangkan, kebanyakan kisah dongeng yang dipaparkan media tersebut cuba melaga-lagakan masyarakat Melayu dan Cina.

Portal Bangsa DAP kini cuba menimbulkan kebencian dan melakukan pelbagai provokasi terhadap orang Melayu secara halus.

Mereka semakin berani berbuat demikian kerana kerajaan bangsat Bangsa DAP boleh melindungi mereka dari dikenakan tindakan undang-undang.

Jangan cuba cabar kesabaran orang Melayu.

DATO’ AZWANDDIN HAMZAH adalah Presiden Jaringan Melayu Malaysia dan Presiden Gagasan Tiga (G3).

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBORD*

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.