KATA Tun Daim Zainuddin, program matrikulasi tidak lagi relevan. Tapi awal-awal lagi beliau menuding jari kepada pembangkang yang kononnya akan menjadikannya isu jika kerajaan menghapuskan program Bumiputera itu.

Tidak hairan pun jika Tun Daim berani mengusik hal Bumiputera itu. Ini kerana beberapa sebelum, bosnya, Tun Mahathir Mohamad sendiri mendakwa matrikulasi ‘pintu belakang’ bagi pelajar Bumiputera untuk memasuki universiti tempatan.

Bukannya orang Cina atau India yang mahu institusi Bumiputera ini dihapuskan tetapi orang Melayu itu sendiri.

Jadi jangan tanya kenapa Parti Gerakan berani mendesak agar kerajaan memansuhkan program matrikulasi dengan alasan Pakatan Harapan wajar memulakan pentadbiran tanpa diskriminasi.

Mungkin Presiden Gerakan Dominic Lau ini bukan orang Malaysia dan tampak dangkal apabila bersuara mengenai diskriminasi dalam pengajian.

Tapi lebih tepatnya, Dominic cuba mengambil kesempatan terhadap kenyataan Tun Mahathir dan Tun Daim yang secara terbuka menyentuh isu pemansuhan matrikulasi.

Tun Daim silap!

Tapi bagi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, pandangan Tun Daim bahawa program matrikulasi sudah tidak relevan untuk dilaksanakan kerana matlamat asalnya sudah tercapai adalah tidak tepat dan tersasar.

Kata Mohamed Khaled, Tun Daim hanya bercakap kosong tanpa mengemukakan sebarang data untuk menyokong saranannya itu.

Sepatutnya, Tun Daim menunjukkan dengan lengkap data pencapaian orang Melayu dan India dalam bidang sains peringkat STPM dan bandingkan dengan pencapaian bangsa Cina.

Mengulas mengenai matrikulasi sebagai pintu belakang ke universiti, Mohamed Khaled berkata, program itu ia adalah instrumen pemberdayaan yang sangat penting kepada kebanyakan golongan Bumiputera dari golongan B40.

Tun Daim harus melihat dalam konteks yang besar betapa program matrikulasi menyediakan peluang pendidikan kepada anak-anak Bumiputera dan bukan Bumiputera yang berkemampuan rendah untuk mengubah hidup mereka.

Tun Daim sewajarnya tampil dan memberikan idea dan saranan bagi memperbaiki program matrikulasi dan menjadikannya lebih canggih dalam konteks pendidikan tinggi yang mencabar kini.

Bagi Dominic pula, usahlah diusik hal melibatkan Bumiputera. Selesaikan dulu isu pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) tidak diterima majoriti rakyat di negara ini. – NTHQiBord, 15 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.