Friday, December 6, 2019
Home Ekonomi Perbelanjaan TNB menurun ke RM9.5juta

Perbelanjaan TNB menurun ke RM9.5juta

0

KIRA-KIRA RM9.5 diperuntukkan Tenaga Nasional Bhd. (TNB) untuk perbelanjaan modal (capex) berbanding RM12 bilion pada tahun lalu.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Amir Hamzah Azi­zan peruntukan yang lebih kecil itu disebabkan projek loji Jimah East Power (JEP) dijangka memulakan operasi pada tahun ini.

Tambahnya, sebanyak RM6 ­bi­lion diperuntukkan bagi segmen grid dan RM2.5 bilion bagi penjanaan.

“Segmen penjanaan meliputi loji janakuasa Southern Power Generation di Pasir Gudang, Johor yang dijangka beroperasi pada 2020 dan Projek Solar Berskala Besar (LSS) di Bukit Selambau, Kedah.

“Baki capex diperuntukkan bagi jalur lebar optik fiber yang mana diunjurkan berupaya mem­beri sumbangan kepada kumpulan menjelang tahun hadapan,” kata­nya ketika ditemui selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) TNB.

Ketika diminta mengulas mengenai kemungkinan kenaikan bersih tarif elek­trik, beliau berkata ia hanya akan dapat diputuskan selepas kajian dilakukan.

“Dalam masa sama, TNB akan terus melaksanakan mekanisme sedia ada,” katanya.- 15 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.