ANGGOTA Cawangan Khas (SB) tidak perlu mengubah cara mereka untuk mengumpulkan maklumat.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata anggota SB tidak akan mematuhi sebarang permintaan untuk memperkenalkan diri jika menghadiri majlis kerajaan Sabah atau Parti Warisan Sabah (Warisan).

“Polis tidak akan arahan daripada orang lain. Kita tidak akan patuh kepada permintaan tersebut dan akan meneruskan tugas kami,” katanya.

Semalam, Naib Presiden Warisan Datuk Junz Wong mencadangkan agar pegawai SB memperkenalkan diri jika menghadiri majlis kerajaan Sabah atau Parti Warisan.

Abdul Hamid berkata cadangan sedemikian walaupun disuarakan oleh menteri, tidak akan mengubah cara polis atau unit perisikan menjalankan tugas mereka.

Isu SB ini timbul apabila Warisan menghalang pegawai unit risikan itu menghadiri sidang media parti itu baru-baru ini.

Susulan itu, Abdul Hamid memberi peringatan kepada Warisan bahawa tindakan menghalang anggota SB daripada menghadiri sidang media parti itu menyalahi undang-undang. – 15 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.