Wisma Putra kecewa status Statut Rom kekal dalam PBB

0

WISMA Putra kecewa dengan pengekalan Malaysia sebagai Negara Pihak kepada Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa seperti yang tertera dalam laman sesawang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Dalam satu kenyataan hari ini, Wisma Putra berkata tindakan PBB itu adalah sangat mengecewakan walaupun Malaysia telah mengemukakan surat penarikan diri.

Sehubungan itu Malaysia akan meminta Koordinator Residen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Malaysia memberi penjelasan berhubung proses dan status terkini penarikan diri Malaysia daripada triti itu.

Kerajaan Malaysia telah mengemukakan surat penarikan diri Malaysia dari menyertai Statut Rom kepada Setiausaha Agung PBB pada 29 April selaku depositori bagi triti itu setelah mengambil kira semua langkah yang perlu diambil untuk melaksanakan proses penarikan diri.

Pada 5 April, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengumumkan keputusan Jemaah Menteri supaya Malaysia menarik balik penyertaannya dalam Statut Rom. – 15 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.