PEMIMPIN Melayu tidak sepatutnya leka dengan agenda Bangsa DAP yang mahu memperjuangkan agenda Malaysian Malaysia dan melaksanakan konsep hak sama rata di negara ini.

Aktivis Melayu, Datuk Mohd Razlan Rafii berkata sejak peralihan kerajaan, ada pihak yang cuba mengubah sejarah negara, lebih-lebih lagi melibatkan peristiwa 13 Mei 1969.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Seputeh bersetuju dengan Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Dato’ Azwanddin Hamzah yang menyuarakan kebimbangan terhadap gerakan yang cuba memutar belit fakta 13 Mei.

“Kita dapat lihat apa (cerita) yang dibangkitkan di portal sebagai cubaan memusing fakta sebenar sejarah,” katanya merujuk kepada portal pro-DAP yang menyiarkan kisah-kisah 13 Mei yang diragui faktanya.

Razlan juga menyifatkan gerakan itu didalangi oleh Bangsa DAP yang cuba lari daripada terima hakikat sebenar tentang 13 Mei.

“Saya nak tanya, apabila DAP menang (pilihan raya) pada 1969, kenapa mereka mahu menghalau orang Melayu jika mereka adalah parti multiracial (berbilang kaum) ?

“Semua yang berlaku pada 13 Mei adalah fakta iaitu DAP mahu menghalau orang Melayu,” katanya ketika dihubungi NTHQiBord hari ini.

Razlan berkata Bangsa DAP sudah semakin licik dan belajar daripada peristiwa 13 Mei kerana mereka tahu orang Melayu tidak boleh dikalahkan dengan cara kekerasan.

Oleh itu katanya, DAP menggunakan jarum halus untuk menyemai agenda liberalisme dan perjuangan hak kesamarataan bagi melemahkan pegangan orang Melayu dan iman orang Islam.

“Cara yang sama digunakan oleh orang Kristian ketika menakluk negara-negara Islam,” katanya.

Mengulas mengenai desakan NGO pro-DAP, SUARAM agar kerajaan mendedahkan rahsia insiden rusuhan 13 Mei, Razlan menyokong perkara itu.

“Saya sokong jika dia mahu fakta sebenar didedahkan.

“Tapi jika fakta ini benar dan menunjukkan DAP itu parti racist (perkauman) dan menjalankan agenda liberalisme, saya mahu parti ini diharamkan,” katanya. – NTHQiBord, 16 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.