TERSEBAR cerita Kulasegaran-lah yang menandatangani ICC Rome Statute, dengan tergesa-gesa, tanpa pengetahuan Perdana Menteri, Parlimen dan Majlis Raja-raja. Apakah benar dikatakan ratifikasi ICC Rome Statut telah ditarik balik?

Ia sudah ditandatangani. Jika belum tandatangan, ia tidak akan disebut ‘tarik balik’. Ia akan disebut ‘tidak akan’. Tarik balik bermakna ia sudah pernah ditandatangani. Poinnya – ia sudah ditandatangani. Kemudian barulah kita masuk bab adakah sudah tarik balik seperti yang didakwa?

Sebenarnya, sejak Tun Mahathir kata tarik balik ratifikasi Statut Rom itu, saya tak pernah percaya. Apabila tandatangani sesebuah perjanjian, ia tak semudah itu nak lepaskan diri dengan cakap ‘saya tarik balik’. Ini bukan peraturan mesyuarat Dewan Parlimen.

Adakah bermakna, pembentangan empat ahli akademik kepada Majlis Raja-raja, dan juga ketidaksetujuan Majlis Raja-raja, kita boleh katakan telah terlambat – sedangkan ia sudahpun ditandatangani?

Malahan episod meroyan Ahli Parlimen DAP Batu Kawan, Siti Kassim serta puak-puak ultra-liberal konon marahkan penarikan balik ratifikasi tersebut – adakah ia hanya satu lakonan semata-mata (padahal mereka tahu tiada penarikan balik pun sebenarnya)?

Bahkan forum serta wacana mengenai Statut Rom hanyalah diversion (pengalihan) konon kerajaan cakna untuk menilai suara rakyat – padahal ia hanyalah cubaan untuk mengalih perhatian rakyat (buy time) daripada mengetahui bahawa 1 Jun 2019 ini, Statut Rom yang ditandatangani itu mula berkuatkuasa.

Dengan ‘berkuatkuasanya’ Statut Rom – kuasa veto YDP Agong secara tidak langsung akan disabotaj, serta Raja-Raja boleh diheret ke mahkamah. Institusi Raja secara rasminya akan mulai hilang dan hanya menjadi barang hiasan dalam negara sendiri.

Persoalan yang timbul, kenapa Kulasegaran, kenapa tergesa-gesa, kenapa sembunyi-sembunyi tandatangan tanpa pengetahuan Parlimen? Apabila orang marah, buat cerita yang kita tarik balik. Buat drama marah-marah kepada PAS dan UMNO. Buat forum maki empat ahli akademik. Walhal dah tandatangan.

Dalam kerajaan PH, bab ini kita nak harapkan parti mana yang membela Institusi Raja? DAP sudah tentu TIDAK. PKR pula jadi sarang geng ultra-liberal. AMANAH mungkin bersilat pulut. PPBM sahaja sepatutnya boleh diharap. Tetapi krisis Tun Mahathir dengan TMJ mungkin menjadi faktor PPBM juga tak boleh diharap.

Jika benar dakwaan 1 Jun ini adalah tarikh berkuatkuasa ICC untuk negara kita, bermakna kita hanya ada 14 hari sahaja lagi untuk bernaung di bawah Raja-raja Melayu. Itulah hasil perjuangan sekian lama, lebih 50 tahun berjuang untuk berkuasa.

Malangnya, sebahagian besar orang kita masih sinis dengan pendedahan ini. Suara pembangkang, siapa nak dengar, kan? Itu semua kita set dalam minda kita sebagai seruan pembangkang yang rasis, ektrim, bodoh dan sebagainya.

p/s: Filipina pernah tandatangan. Kini sudah tarik diri. Maknanya boleh kan untuk kita keluar daripada ICC ini bila-bila kita mahu?

DR TANAKA MUSTAFA,
Penganalisis politik.

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBORD*

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.