PENARIKAN diri daripada Statut Rom telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada 5 April yang lalu.

Kerajaan juga menyatakan penarikan diri secara rasmi melalui surat Kementerian Luar Negeri bertarikh  29 April 2019. Perkara itu dikatakan akan dimuktamadkan selepas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu melengkapkan prosedur penarikan diri Malaysia.

Namun, sehingga semakan pada 14 lalu, nama Malaysia masih lagi tercatat sebagai negara yang menerima pakai (accession) statut berkenaan berdasarkan laman sesawang United Nations (UN) Treaties Collection.

Menurut Senator Tan Sri Ibrahim Abu Shah, timbul persoalan, adakah menteri yang dipertanggungjawabkan untuk menyelesaikan isu itu telah melaksanakan tugasnya atau tidak.

“Persoalanya adakah menteri terbabit telah tarik balik atau berbohong kepada rakyat. Rakyat tidak pasti kerana ada yang kata telah dibuat dan ada yang kata belum,” ujar Ibrahim yang juga mantan Naib Canselor UiTM.

Bagi beliau, kerajaan kena berterus terang, jangan main wayang dan cuba berbohong dengan rakyat. Implikasinya akan membangkitkan kemarahan rakyat.

Beliau turut berpendapat bahawa perlu ada badan tertentu yang dapat mengesahkan penarikan telah dibuat. Di samping itu, kerajaan perlu mengeluarkan kenyataan secara rasmi yang menyatakan Statut Rom ditarik balik. – NTHQIBORD 16 Mei 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.