SEBAGAI merapatkan jurang antara kaum, 13 Mei wajar dijadikan sebagai hari perpaduan nasional walaupun tarikh itu menyimpan banyak kisah duka dalam kalangan rakyat di negara ini.

Idea itu dikemukan oleh pakar sejarah, Dr Sahul Hamid Mohamed Maiddin yang menyatakan bahawa hari penyatuan bangsa ini patut diterapkan dengan nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat Malaysia yang hidup berbilang kaum.

“Saya (cadangkan) angkat 13 Mei sebagai hari perpaduan nasional. Perkara ini penting kerana ianya dilihat sebagai simbolik penyatuan rakyat di negara ini.

“Di samping bangkitkan perihal negatif berkenaan peristiwa ini seperti rusuhan atau pemberontakan, apa kata kita bercakap pula mengenai keharmonian dan keamanan yang negara kita kecapi selama ini.

“Mengapa kita tidak bercakap tentang perpaduan , hari yang mempromosikan perpaduan,” katanya ditemui selepas wawancara Dimensi : Menteri Perpaduan Tak Perform? di Nothing to Hide, baru-baru ini.

Tambah pensyarah dari Universiti Pendidikan Sultan Idris ini, sejarah adalah perkara yang berlaku pada masa terdahulu dan tidak wajar untuk kita saling menyalahkan mana-mana pihak.

Beliau turut mengingatkan agar tiada lagi individu yang mengambil kesempatan berkenaan 13 Mei ini untuk menakutkan masyarakat.

Malah Dr Sahul menggesa tragedi ini patut diambil sebagai pengajaran dalam memperkukuhkan lagi perpaduan dalam negara kita.

“Sejarah yang ada ini adalah teladan bukan senjata bukan bertujuan menakutkan orang sekeliling

“Pandang kehadapan namun apa yang berlaku ini kita ambil sebagai ikhtibar,” katanya. – NTHQiBord, 17 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.