DULU bukan main lagi pejuang-pejuang berani mati Pakatan Harapan berguling atas jalan raya membantah pelaksanaan AES.

Macam biasalah, AES dijadikan modal sebagai janji manis PRU14 untuk pancing undi.

Hapuskan AES! AES bebankan rakyat! AES kayakan kroni! Bangkit lawan AES.

Itu antara slogan popular ketika pak menteri kita hari ini bergelar pembangkang.

Kini nada mereka sudah berubah. Mari kita rungkai kenapa nada mereka berubah.

PLUS = Rakyat

PAKATAN Harapan kata pemasangan 11 lagi kamera AES baru di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) akan ditanggung oleh PLUS, bukannya kerajaan atau rakyat.

Tapi mereka lupa bahawa PLUS dimilik 51% oleh Khazanah Nasional dan 49% oleh KWSP.

Duit Khazanah bukan duit kerajaan?

Duit KWSP bukan duit rakyat?

Kos AES lagi mahal

Zaman BN, kos setiap kamera AES adalah RM170,000.

Tapi Datuk Mahfuz Omar kata kos sebenar hanya RM15 ribu setiap kamera.

Hari ini, PH kata kos untuk tambah 11 kamera lagi kamera AES adalah RM3 juta atau RM272,700 setiap kamera.

Tetapi kerajaan PH kata ini belum lagi masuk kos penyelenggaraan setiap bulan.

Lagi boros rupanya kerajaan PH.

Hapus AES?

Dulu Mahfuz Omar kata mahu hapus semua AES.

Tapi hari ini PH mahu tambah naikkan jumlah kamera AES sebanyak 25% lagi.

Kerajaan PH umum penambahan 11 kamera AES baru di Lebuhraya Utara-Selatan.

Ini untuk satu lebuhraya sahaja.

Belum masuk lain-lain tempat yang mereka telah umumkan untuk tambahkan seperti di jambatan Pulau Pinang.

Jom berguling

Dulu, kerajaan BN sekurang-kurangnya bagi diskaun 50% untuk saman AES.

Kini PH kata tak ada diskaun lagi.

Eh, dah pulangkan ke semua duit saman AES?

Dah tak nak guling-guling tepi jalanraya ke, tanya Bosskur. – 17 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.