HEBAT betul bakal perdana menteri kita bermain wayang.

Kata Datuk Seri Anwar Ibrahim, perbincangan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung peralihan kuasa Perdana Menteri, berjalan dengan baik dan tidak ada sebarang masalah.

Malah katanya, mereka berdua saja yang akan bincang mengenai tarikh peralihan kuasa dan hal lain yang berkaitan.

Maklumlah, negara ini mereka berdua sahaja yang punya. Rakyat tiada hak nak tahu. Bukan rakyat yang mengundi mereka kan?

Kata Anwar lagi, beliau sambut baik penjelasan Tun Mahathir tentang soal tarikh peralihan kuasa dan sebagainya.

Demikianlah hebatnya bakal perdana menteri kita bermain wayang. Itu kata-katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Konvensyen Belia Kebangsaan 2019 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) baru-baru ini.

Liciknya, Anwar secara tidak langsung memberi hint kepada rakyat bahawa beliau tetap akan menjadi perdana menteri walaupun rakyat tidak ambil peduli tentang hal itu.

Ini juga satu taktik doktrin dalam pemikiran rakyat Malaysia bahawa beliau adalah perdana menteri yang seterusnya dan jawatan itu tidak boleh diisi oleh orang lain.

Agaknya Anwar dah susah hati bila Tun Mahathir bagi hint ketika berucap pada ulang tahun pertama kerajaan Pakatan Harapan bahawa tempoh peralihan akan berlaku dalam tempoh tiga tahun lagi.

Tak perlu pun Anwar nak hebahkan bila, bagaimana, beliau akan mengambil alih pentadbiran negara seolah-olah hebat sangat pencapaiannya sepanjang berada dalam Kabinet bermula 1982 hingga 1998.

Apalah istimewa sangat orang yang Tun Dr Mahathir Mohamad pernah sebut tidak layak memimpin negara ini?

Bekas banduan kes liwat dan salahguna kuasa tetapi hari ini menuntut “ditabal” menjadi PM ke 8.

Menarik juga kata-kata Roslan SMS dalam MalaysiaToday, rakyat bergelut untuk hidup seharian, dia (Anwar) sibuk nak jadi PM.

Ya Allah selamatkanlah bangsa, agama dan negara kami. – NTHQiBord, 17 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.