HARI ini, Datuk Seri Najib Razak dikenakan tiga lagi pertuduhan tambahan membabitkan kes penyelewengan SRC International.

Rasanya tak pelik jika tuduhan baharu itu dikenakan kerana dua hari sebelumnya bekas perdana menteri itu baru-baru ini membangkitkan persoalan mengenai tindakan SPRM menyekat butiran transaksi akaun miliknya sendiri.

Itu yang tertera pada surat dari pihak AmBank kepada pasukan peguam bela Najib.

Dalam surat itu, AmBank mengatakan bahawa pihaknya sudah menyediakan dokumen yang diminta oleh pasukan peguam bela.

Bagaimanapun pada 14 Mei lalu, AmBank menerima arahan agar perlu merujuk kepada SPRM jika mahu memberi dokumen yang berkaitan dengan Najib.

Sebelum ini pihak pendakwa raya berulang-kali menolak permintaan proses “discovery” dari peguam Najib untuk mendapat dokumen-dokumen berkaitan dengan kes SRC dari pihak SPRM dan pendakwa raya.

Kemudian, SPRM tiba-tiba menghantar surat kepada pihak bank untuk sekat butiran-butiran transaksi akaun milik Najib daripada dihantar kepada pasukan peguam belanya.

Difahamkan, sekatan seperti ini tidak pernah berlaku dalam mana-mana kes dalam sejarah Malaysia.

Rosli bagi arahan

Sebelum ini, mahkamah juga telah diberitahu bahawa adanya dokumen bank yang membuktikan Kementerian Kewangan Arab Saudi dan putera-putera Arab pernah menghantar dana kepada akaun bank Najib.

Perkara itu berbangkit apabila pasukan pembelaan menyuarakan rasa tidak puas hati kepada hakim berhubung arahan yang dikeluarkan SPRM kepada Ambank.

Arahan itu menghalang Najib dan peguamnya untuk mendapatkan dokumen berkenaan akaun banknya yang telah ditutup.

Peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Harvinderjit Singh berkata Ambank telah memberikan dokumen yang diperlukan selama setahun setengah kepada mereka untuk membuat persediaan dalam perbicaraan.

Namun, kata mereka, ia terhenti baru-baru ini apabila seorang pegawai Ambank memberitahu pihaknya telah diarah oleh SPRM untuk tidak memberikan sebarang dokumen berkenaan akaun Najib tanpa kebenaran mereka.

Kata Shafee, arahan itu menjejaskan persediaan pembelaan anak guamnya dan pengesahan dokumen-dokumen utama.

“Kami memerlukan dan berhak ke atas dokumen ini. Pemegang akaun sentiasa berhak terhadap dokumen, sama ada ia masih diteruskan atau telah ditutup… Untuk tahu transaksi (yang dibuat).

“Tiada asas untuk SPRM untuk melakukannya. Mereka tidak boleh berbuat demikian, kerana ini akaun anak guam saya,” kata Shafee.

Dia mendakwa arahan itu diberi oleh pegawai penyiasat SPRM yang dikenali sebagai Rosli.

Pasukan pembelaan memberitahu hakim mereka telah menghantar emel berkenaan perkara itu kepada mahkamah.

Seorang anggota pendakwaan kemudian memberitahu mahkamah bahawa mereka perlu membincangkan perkara itu terlebih dahulu sebelum memberi maklum balas, memandangkan emel itu yang diterima sebaik sebelum mahkamah berehat. – 17 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.